"UNA, atok harap una dapat tunaikan permintaan atok ni."
Kata-kata atok masih terngiang-ngiang dalam fikiran aku ni. Kenapa atok? Kenapa mesti una, ramai lagi cucu atok yang lebih sesuai. Aku memandang langit, memikirkan permintaan atok siang tadi. Bila aku bagi alasan pasal ayah, atok cakap ayah terima. Aku baru je lepas graduate, takkan dah kena kahwin kot.
"Una.." aku memandang ke arah suara tu. "Eh, ayah.." aku bergerak ke tepi sedikit untuk memberi ruang kepada ayah duduk di atas buaiyan.
"Apa keputusan una pasal permintaan atok tu?"
"Hmm.. Apa pendapat ayah?" aku memandang ayah.
"Pada ayah, ayah akan terima apa pun keputusan una. Ini tentang masa depan una, kebahagiaan una." aku memandang langit semula.
"Ayah rasa lelaki tu macam mana?"
"Ayah rasa lelaki tu macam mana?"
"Ayah tak pernah jumpa dengan dia tapi ayah pasti atok tak akan pilih lelaki yang bukan bukan, mesti dia lelaki yang baik sebab tu atok nak una kahwin dengan dia." ayah mengusap kepala aku.
"Lebih baik una buat solat istikharah. Minta petunjuk dari Allah, Allah saja yang tahu apa yang terbaik untuk kita." aku hanya tersenyum.
"Una, ayah masuk dulu nak tengok atok. Jangan duduk lama sangat, tak elok malam-malam kat luar." aku hanya tersenyum sambil memandang ayah berjalan masuk ke dalam rumah.
Aku memandang langit semula sambil menongkat dagu. Siapa awak encik calon suami?
PETANG tadi, selesai sudah majlis akad nikah aku. Untuk majlis resepsi pula, aku cakap buat masa hari lahir aku, tiga bulan lagi. Seperti apa yang atok cakap, dia merupakan seorang yang berdarah kacukan Perancis. Apa yang menarik perhatianku ketika pembatalan air sembahyang adalah matanya yang berwarna hijau dan rambutnya yang berwarna perang. Rasanya semua itu asli, orang berdarah kacukan kan.
Nama suami aku ialah Muhammad Zackry Eiuston bin Muhammad Eiuston. Namanya pun berbelik aku nak menyebut. Tadi nama laki aku ni nama aku pula. Nama aku Zara Yumna binti Ahmad Halim. Bukan nak cakap besar tapi, ayahku merupakan usahawan ternama di kota London. Aku mempunyai dua orang abang yang menetap di sana. Aku seorang saja yang menetap di sini kerana kasihankan atok dan nenek yang sudah semakin uzur.
Berbalik kepada laki aku, dia merupakan pemilik kepada Eiuston Empirer. Syarikat terkemuka di dalam mahupun di luar negara. Cerita atok, Zackry hidup sebatang kara dan telah mewarisi harta peninggalan ibu bapanya seawal 18 tahun. Kesiankan, muda-muda hanya ditinggalkan wang tanpa kasih sayang orang tua. Selepas itu hanya atoknya yang menjaganya sehingga dia berumur 23 tahun selepas itu atoknya pula yang meniggal dunia.
Nama suami aku ialah Muhammad Zackry Eiuston bin Muhammad Eiuston. Namanya pun berbelik aku nak menyebut. Tadi nama laki aku ni nama aku pula. Nama aku Zara Yumna binti Ahmad Halim. Bukan nak cakap besar tapi, ayahku merupakan usahawan ternama di kota London. Aku mempunyai dua orang abang yang menetap di sana. Aku seorang saja yang menetap di sini kerana kasihankan atok dan nenek yang sudah semakin uzur.
Berbalik kepada laki aku, dia merupakan pemilik kepada Eiuston Empirer. Syarikat terkemuka di dalam mahupun di luar negara. Cerita atok, Zackry hidup sebatang kara dan telah mewarisi harta peninggalan ibu bapanya seawal 18 tahun. Kesiankan, muda-muda hanya ditinggalkan wang tanpa kasih sayang orang tua. Selepas itu hanya atoknya yang menjaganya sehingga dia berumur 23 tahun selepas itu atoknya pula yang meniggal dunia.
Pintu bilikku dibuka dari luar. Belum sempat dia menutup pintu aku sudah menanyakan soalan kepadanya. "Awak, kenapa awak setuju untuk kahwin dengan saya?" aku lihat dia memandang aku tanpa berkelip. Aip, dah kenapa pulak dia ni?
"Hello~ Awak..?" aku memetik jari depan mukanya. Dia tersedar dari lamunanya.
"Err.. Sorry, saya tak pernah nampak awak tanpa pakai tudung tu yang terkejut sikit." Ek'elah, macam tak pernah nampak perempuan punya rambut je, kata kaya. "Awak tanya apa tadi?" sambungnya.
"Saya tanya kenapa awak setuju kahwin dengan saya?" dia duduk di tepi katil. Aku mengikutnya duduk di tepi katil juga.
"Ermm... Awak nak citer panjang ke pendek?" ada jugak ehh panjang pendek.
"Pendek."
"Sebab saya cintakan awak." dia memandangku sambil tersenyum lebar. Amboi, straight to the point betul!
"Nonsense." kata aku sambil menggelengkan kepala.
"Nope! I'm serious." giler, aku tak kenal pun dia nii.
"Saya kenal awak pun tak, jumpa pun tak, berbual ape tah lagi!" dia hanya tersenyum memandangku. Ish, muka dia ni tenang je.
"Tak lah, saya dah lama kenal awak." yakin betul jawapan dia.
"Tapi saya tak cintakan awak. Macam mana saya nak teruskan perkahwinan ni?"
"Jadi kenapa awak setuju untuk kahwin dengan saya?" dia menaikkan keningnya.
"It's because of atok." aku sudah bangun dari duduk.
"Una.." dia memegang kedua belah tanganku sambil merenung ke dalam anak mataku.
"Saya akan berusaha untuk buat awak jatuh cinta pada saya. Percaya lah saya takkan sia-siakan awak!" kenapa tiba-tiba jantung aku berdebar pulak ni bila dia cakap macam tu. Aku terus menarik tanganku.
"Mana awak letak toto?" tanyanya. Aku memandangnya pelik.
"Nak buat apa?" dia memandangku sambil tesengih nakal.
"Alas saya tidur la, ke awak nak saya tidur satu katil dengan awak?" dia menjongkitkan keningnya. Ish, dia ni kan gatal betul.
"AWAK, awak tau tak yang saya ada kerja sementara kat satu tempat ni sebelum terima tawaran bekerja?" aku memandangnya yang sedang melayari internet menggunakan ipad.
"Tak, saya tak tau pula awak ada buat kerja sementara." dia memandang aku. "Awak kerja apa?" dia meletakkan ipadnya di atas meja ruang tamu dan memberi perhatian kepadaku.
"Saya kerja biasa-biasa, kat office awak." riak wajahnya sedikit terkejut.
"Are you serius?" hokaloh, muka aku macam main-main ke? Aku mengangguk.
"Awak kerja apa? Satu tingkat dengan saya ke? Tapi saya tak pernah nampak awak pun?" over excited pulak mamat ni, tau tak yah citer.
"Saya jadi cleaner." terbeliak biji mata mamat ni pandang aku.
"What?! No way! Awak naik cuti je nanti awak tak akan bekerja as cleaner lagi!"
"Kenapa pulak? Saya baru mula nak kerja..." aku sudah muncung. Ekeleh, kerja mulia pe!
"Awak isteri saya takkan saya nak awak kerja jadi cleaner kat office saya sendiri? Paling tak pun awak bekerja sebagai PA saya." mukanya sudah berkerut.
"Alaa... Biar lah saya berdikari sendiri... Boleh laa... Boleh laa.. Hurm.. Hurmm..?" aku sudah buat muka comel. Hahaha, harap dia cair la..
"Okey fine! Tapi, awak pergi dan balik kerja kena naik saya dan kalau ada sesiapa yang kacau awak cakap kat saya. Tau lah saya nak buat!" boleh jer.. Aku menyengih.
"Ahh.. Tapikan pekerja awak dah tau ke awak kahwin dengan siapa?" dia hanya menggeleng.
"Saya belum tunjuk gambar lagi. Kenapa awak nak saya tunjuk kat semua ke?" aku cepat-cepat menggeleng. Kalau macam tu macam mana nak kerja jadi cleaner dengan tenang kelau semua tau aku isteri bos diaorang.
"Ehh... Tak payah.. Nanti masa resepsi je, biar diaorang tau." Aku bangun dari duduk untuk ke dapur.
"Una!" aku menghentikan langkah dan memandang ke arahnya.
"Nanti petang boleh tak awak bawak saya jalan-jalan kampung? Ye la, saya ni mana ada kampung. Boleh kan?" aku hanya mengangguk. Setakat jalan kampung opkos la boleh.
"UNA!!!!" bergegar gegendang telinga ni dengar mamat ni menjerit.
Aku memberhentikan motor bawah pokok. Aku cepat-cepat turun dari motor,sampai jugak akhirnya pantai! Aku lihat Zackry masih duduk di atas motor vespa milik atok. Aik, tadi ajak orang jalan-jalan sekarang dia pulak yang tak nak turun motor. Aku mendekatinya.
"Awak kata nak jalan-jalan tadi, kenapa tak nak turun motor pulak ni?" aku memandangnya hairan. Dia mengalihkan padang ke arah lain. Aik, merajuk ke? Dah tua-tua pun nak merajuk ke. Aku tarik senyum.
"Awak merajuk ehh?" dia masih diam tak berkata. Aku menarik tangannya supaya turun dari motor.
"Alolo.. Buruk tau dah tua-tua merajuk macam nii." amboi panjang betul muncung dia.
"Mana ada saya merajuk!" perlahannya bercakap.. Aku terus memeluk lengannya dan memandang wajahnya dengan muka konon comel tu.
"Jangan la merajuk, penat saya bawak motor sampai pantai tau!" dia memandang aku dengan muka yang berkerut.
"Kenapa awak bawak motor tu laju-laju, kan saya suruh bawak pelan-pelan!" alolo.. Harap je badan sado, penakut rupanya.
"Ala.. Awak sorry la.. Nanti balik saya bawak slow k.."dia hanya mengangguk. Aku menarik lengannya untuk menuju ke tepi pantai.
"Eh, awak tak ambik kunci motor?"
"Dah, tu laa.. Awak asyik merajuk je sampai tak nampak saya amik kunci motor, kalah budak kecik tau tak!" aku melepaskan pelukan dilengannya dan berlari meninggalkannya. Dia dah tayang mulut mucung tu sambil mengejarku.
Orang kampung yang berada di situ sudah memerhatikan kami yang berkejar-kejaran nii. Ada tok kadi yang nikahkan kami hari tu pulak tu. Malunya. Tiba-tiba ada drama romatik pulak ehh..
P/S: As always, ade cadangan, kritikan, ke apa-apa ke sila la komen di bawah ini. :)

