Hish! asyik jammed jer geram betul lah, ni bila nak sampai rumah kalau macam ni, dah pukul berapa dah ni. Aku mendengus geram. Apa tak geramnya dah la perut aku ni lapar tak lunch langsung pulak tu tadi. Dalam kesesakkan jalan raya itu, aku terkenang kenagan aku semasa aku bersekolah menengah dulu, ada seorang mamat ni aku panggil dia 'abang jambu'. Sebenarnya gelaran 'abang jambu' tu dari kawan baik aku yang juga duduk disebelahku ketika di dalam kelas.
*Mengimbau kembali di zaman persekolahan*
Aku membetul-betulkan tudung yang senget dek cara pemakaian helmet yang aku main sumbat aje. "Eh, kau tengok budak lelaki yang duduk kat sebelah pondok guard tu." Kata Solehah, ha..ini lah kawan baik aku yang aku cakap tadi.
Aku menoleh kearah budak lelaki yang ditunjuk oleh Solehah tadi. Huish, mau tak ternganga hensem siot, dengan kulit putih dia tu tak termasuk dengan hidung mancung dia tu tak termasuk dengan ketinggian dia. Memang hensem lah!
"Tu lah budak baru yang hari tu naik dengan Cikgu Rahman, aku pun tak pasti apa status dia dengan Cikgu Rahman. Hani kata dia tu mungkin anak jiran sebelah rumah or anak sedara cikgu." Aku masih lagi tak mengalih pandang dari budak lelaki tu, maunya tak muka dia hensem siut lagi hensem dari Si Won. Eleh, ye jer aku ni. "Weh, hensem per." Solehah dengan 180 darjah kelajuan menoleh kearah aku.
"Budak macam tu kau kata hensem, macam mamat jambu ada la." Pada ketika baru aku mengalih pandang kearah Solehah.
"Okey ler tu, abang jambu..hehe.." Tersengih aku macam kerang busuk. Solehah dah buat muka menyampah.
"Suka kau la, ni kau nak balik ke tidak? Aku dah nak tolak motor dah ni, kang aku tinggal kau kat sini melalak pulak."
"Alah, Sol sabarlah!" Terkebil-kebil aku menolak motorsikal supaya beriringan dengan Solehah.
SETELAH beberapa hari aku 'menstalker' 'abang jambu' aku tu, dan ada beberapa info yang telah aku, macam banyak jer info yang aku dapat padahal cuma dua aje pun. Abang jambu tu kelas 5 Hanbali dan berunit uniform KRS. Sebenarnya tu je yang aku tau selebihnya..huhu.. tak tau apatah lagi nama dia, huargh! sedihnya duhai hati.
Aku bernyanyi-nyanyi kecil menuruni anak tangga dari tingkat empat sambil membawa buku yang Cikgu Sarah minta aku bawa. Dekat sekolah aku ni blok yang ada empat tingkat cuma blok E je kat blok ni setiap tingkat ada tandas yang seramnya blok ni dah la sunyi tu yang aku menyampah tu.
Tengah sedap-sedap aku bernyanyi aku dengar macam ada bunyi tapak kasut dari arah belakang. Ish, tak kan lah tengah-tengah hari yang terang lagi benderang ni 'something' nak keluar pulak. Tanpa menoleh aku terus berlari dengan kudrat yang aku ada untuk menuruni anak tangga dari tingkat empat. Disebabkan kelajuan aku yang tidak dapat untuk dihentikan lagi tu aku terpelecot kat tangga terakhir di tingkat tiga. Habis semua buku berterabur.
Aku mendengar bunyi tapak kaki menuruni tangga. Alamak! macam mana ni kalau 'something' tu pulak yang keluar. Aku apa lagi muka aku tundukkan kebawah dan menutup telingaku dengan dua buah buku latihan yang aku bawa tadi.
Aku terdengar seperti ada orang sedang ketawa sekarang, dengar macam suara lelaki. Aku memberanikan diriku untuk memandang kearah suara itu. Hampir sahaja aku terlopong, aku kalau terlopong mau gajah dengan cipan muat masuk dalam mulut aku. Oh, my abang jambu, you're my hero.
"Awak tak apa-apa?Awak boleh bangun tak?" Amboi abang jambu, soalan pertama tu aku tak jawab lagi dah tanya soalan lain.
Aku cuba bangun dengan sendiri tapi, aku rasa macam kaki kiri aku dah terseliuh dan menyukarkan untuk aku bangun. Abang jambu ingin membantu tapi aku menghalang. Dia mengutip buku-buku latihan yang aku bawa tadi.
"Awak nak hantar buku latihan ni ke mana?"
"Saya nak hantar ke bilik guru, Cikgu Sarah yang minta." Aku menjeling kearah name tag abang jambu. Muhammad Danial. Yes! Aku dah dapat info baru. Kami berjalan dengan perlahan, ye la kaki aku kan terseliuh tak kan pulak aku nak lari kan.
"Awak nak saya hantar pergi bilik rawatan ke?" Tanya abang jambu sambil memandang kearah kaki kiriku yang terseliuh.
"Tak apa la.. Saya masih boleh pergi sendri." Ish tak nak aku, ni kalau Sol dengan Naza ni mahu tak nya diaorang bahan aku 40 hari 40 malam.
"Lupa pulak nak cakap, nama saya Danial, awak?" Hehe.. abang jambu nak kenal dengan aku la. Eeii.. sukenya.. Aku cuma cakap dalam hati je ni kalau aku cakap betul-betul mau pengsan ini mamat, nak angkat macam mana pulak nanti dah la kaki aku terseliuh. Ish, apa aku fikir ni!
"Amni, saya tingkatan 2 Syafii, awak tingkatan berapa?" Eleh, buat-buat tak tau pulak sepak karang. Saja je nak borak, kang nanti tak tau nak cakap apa pulak.
"Saya tingkatan 5 Hanbali, saya budak baru kat sini. Saya jalan-jalan kat sini nak tau keadaan sekolah ni tapi, entah ada budak perempuan tu tiba-tiba je lari lepastu kaki dia terseliuh pulak." Kata abang jambu sambil tersenyum-senyum memandang aku. Eh? macam perli aku je abang jambu ni.
"SOL!!!" sesampai sahaja aku didepan pintu kelas aku terus menjerit-jerit nama Solehah. Ish nasib tak ada cikgu, kalau tak mesti dah kena sebat punya. Aku berjalan terhincut-hincut.
Sol memandang aku dengan muka terkejut beruk. Hehehe.. Sorry Sol. "Kau kenapa panggil aku macam aku jauh 100 meter dari kau je, ni asal kaki kau tu?"
"Sorry, tadi aku jatuh tangga. Sol! Aku dah tahu nama sebenar abang jambu!"
"Tu lah kau main lari-lari je kan dah jatuh. Nama sebenar abang jambu tu, aku dah tau lama dah." Solehah menyambung kembali tugas yang tergendala tadi disebabkan aku. Hehe..
"Mana kau tau? Kenapa tak cakap kat aku?"
"Sebab ni la aku tak nak cakap kat kau, nanti terlebih excited tu yang aku malas."
"Eeii.. Sol ni tapi, tak apa la lagipun aku dah tahu nama sebenar abang jambu." Kataku sambil mataku memandang kearah siling dan membayangkan muka abang jambu. Sol memandang aku sambil mengeleng-geleng. Orang tengah angau memang macam ni la..
"HAI!" Terkejut aku, tiba-tiba ada yang tegur, waktu petang-petang macam ni. Aku menoleh kearah suara tadi. Aku tersenyum "Waalaikumsalam." Balasku saja nak perli.
Abang jambu hanya tersengih.Dia mengambil tempat duduk di sebelah aku. Hah! jangan fikir benda negatif, dia duduk jarak sikit bukan duduk rapat-rapat."Kenapa awak tak balik lagi? Selalu kan awak bawa motor" Eh, eh? abang jambu intip aku ke selama ni?
"Saya tengah tunggu abang saya, hari ni saya tak bawa motor. Kenapa awak datang sekolah?" Pelik pulak tengok abang jambu ni tiba-tiba je rajin datang sekolah waktu petang.
"Saya nak kemas kelas hari ni. Awak pulak?"
"Saya ada latihan softball. Awak, saya nak tanya sesuatu boleh?" Aku nampak dia mengangguk. "Awak ni anak Cikgu Rahaman eh?" Kening kiri aku dah naik dah.
"Yes, kenapa?" Aku hanya menggeleng. Okey! New info.
Aku ternampak sebuah motorsikal LC merah hitam milik abang aku. Masa dah time, yeay~ balik!." Awak saya balik dulu ye, abang saya dah sampai tu."pamitku sambil tersenyum. Dia hanya mengangguk.
"SAYA minta nama-nama yang disebutkan ini untuk tinggal di tapak perhimpunan." Ucap Cikgu Atiqah. "Nurain Solehah binti Mohd Saad, Muhammad Nor Aiman bin Ramli, Muhammad Nazuan Hakim bin Ahmad, Muhammad Danial bin Abdul Rahman, Nur Amni binti Md Zaini, dan Nazatul Aini binti Mohd Tohyat. Sila tinggal di tapak perhimpunan selepas perimpunan ini."
Cikgu Atiqah minta kami semua tinggal di tapak perhimpunan untuk menyiapkan satu tugasan untuk Persatuan Matapelajaran Sejarah, kami dibahagikan kepada tiga buah kumpulan. Solehah bersama Nazuan Hakim, Nazatul bersama Aiman dan aku bersama abang jambu!! Hehe... Terlebih excited pulak.
TIGA bulan sudah berlalu, dan itu bermakna sudah masuk bulan lapan. Kami menyiapkan tugasan yang Cikgu Atiqah beri dengan lebih teliti, tugasan itu perlu dihantar pada minggu hadapan. Dalam tempoh itu macam-macam dah berlaku dan hubungan kami semakin rapat.
Aku melihat jam dipergelangan tanganku, sudah menunjukkan jam 3.45 petang. Ish, lambat pulak abang jambu hari ni. aku menunggu abang jambu di sebuah pondok yang berdekatan dengan padang sekolah. Disebabkan abang jambu lambat jadi, aku baringkan kepalaku di atas meja. Entah bila aku terlelap. Kerja aku ni memang tidur je memanjang lagi-lagi kalau waktu selepas rehat memang dah bye-bye la...
'ALAMAK! Aku dah lambat pulak, mesti Amni dah tunggu tu.' Abang jambu berlari-lari dari pintu pagar ke pondok tepi padang sekolah. Dari jauh abang jambu telah melihat susuk tubuh Amni yang meletokkan kepalanya di atas meja.'Nampak macam dah tidur jer.' Abang jambu tersengih dan berjalan perlahan-lahan kearah Amni yang sudah tertidur.
Abang jambu tersenyum memandang Amni yang masih tidur dengan lena. Senyap-senyap dia mengambil gambar Amni dengan menggunakan telefon bimbit miliknya. Abang jambu memandang sekeliling dan memetik daun yang berdekatan dengannya. Dia menggerak-gerakkan daun itu ke hidung Amni dan dia tersengih.
'HISH, malaun mana pulak yang ganggu aku tidur ni?' Aku memegang hidung aku. 'Malaun' yang menggangu aku tu masih lagi mengacau hidung aku. 'Eeii.. kang aku terajang sia-sia je..' Aku membuka mataku sedikit. Abang jambu tersenyum memandang aku. Dengan penuh kemamaian aku mengangkat kepala ku dari terus terbaring.
"Hurm.., 'awal' sampai. Tak boleh 'awal' lagi?" Aku berkata dengan mata yang masih tertutup. Dia tersengih.
"Hehehe.. Sorry, tadi ada hal sikit. Hari ni awak tak ada training softball ke?" Eh, something betul lah mamat ni. Kitaorang selalu buat tugasan ni lepas waktu training sofball aku habis tapi, perlawanan softball dah lama habis la.. Abang jambu oii..
"Lebih baik awak pergi kedai, beli Cool Fever sana." Dia memandang aku pelik.
"Kenapa? Awak demam ke?"
"Awak la yang demam."
"Bila pulak saya demam?"
"Ye la, perlawanan softball dah lamaaaaaa.. dah habis, awak pergi tanya lagi ada training lagi ke tak. Saya takut-takut awak kena demam kus-kus pulak." Dia tergelak. Eh, gelak pulak.
"Pandai je nak perli orang, ek. Dah la kalau awak penat sangat biar saya je siapkan tugasan tu, ala tinggal hias-hias je pun kan. Awak sambung tidur sa.." Dengan maksimum aku terus jatuhkan kepalau aku dan sambung tidur. Dia memandang aku dengan gelak kecil. 'Hish, Amni, Amni.. aku tak habis cakap lagi..'
*Masa kini*
AKU meletakkan kunci kereta dan rumah diatas meja. Aku berjalan dengan penuh kemalasan ke atas sofa. Niat nak makan tadi tergendala sebab aku dah penat sangat rasa nak tidur je.
Aku memandang kipas yang sedang berpusing. 'Macam mana la agaknya abang jambu sekarang?' Sehingga kini aku masih lagi tak tahu keadaan abang jambu. Rumah dia? lagi la aku tak tahu. Aku pernah tanya pasal abang jambu dekat Solehah tapi dia balas macam ni. "Kau, kalau aku sembelih sia-sia je hidup tau. Mana la aku tahu keadaan abang jambu. Aku rapat dengan dia pun tak, kan kau yang rapat dengan dia. Eeeii.. Kalau kau dekat depan aku sekarang ni, dah lama dah aku cekik-cekik kau, tau!" Hehe.. aku pun sat, yang pergi tanya Solehah tu kenapa, memang la dia tak tahu.
Aku masih berhubung dengan kawan baik ku, Solehah dan Nazatul. Kini, Solehah berjaya menjadi seorang polis dan bercita-cita ingin membuka kedai bakery. Hurm.. Sol ni cita-cita dia pelik sikit. Solehah bertugas di Shah Alam, dekat je dengan rumah aku. Nazatul pulak, bekerja satu bumbung dengan aku sebagai seorang pensyarah dan juga, duduk satu rumah dengan aku! Kami Buddyz tak kan terpisah.. Hehe..
Nazatul ni dia selalu balik lambat, katanya tak suka buat kerja dekat rumah. So, sekarang aku tengah tunggu dia ni, hari ni kerajinan aku utuk memasak hilang. Biar la, dia pulak yang masak.
Aku teringat kali terakhir aku berjumpa dengan abang jambu. Masa tu, dia mengambil keputusan SPM. Sejak daripada tu aku dengan dia dah lost contact sebab dia berpindah ke tempat lain. Bukan aku tak nak tanya dekat Cikgu Rahman tapi, kalau dia pindah tak kan la bapanya dekat sini pulak mesti la pindah juga.
Bukan apa, yang buat aku menyirap ni bukan dia nak cakap kat aku. Tahu-tahu je ada Majlis Perpisahan Cikgu Rahman. Eeeii.. Geramnya aku, kalau dia dekat depan mata aku sekarang dah lama aku ketuk kepala dia tu.
*Hari keputusan SPM*
TOK..tok..tok.. Seluruh kelas 2 Syafii memandang kearah pintu yang diketuk itu kecuali aku, buat apa nak tengok yang ketuk tu manusia juga. Ustaz Ghazali, menoleh kearah seseorang yang mengetuk pintu itu.
"Ouh,.. kamu Danial ada apa ya?" Ustaz Ghazali tersenyum. 180 darjah kelajuan aku memandang kearah Danial.
"Cikgu, saya nak berjumpa dengan Amni sekejap."
"Boleh, boleh,.." Aku berdiri dan terus melangkah dengan penuh debar. Sempat juga Solehah mencuit aku tadi sambil tersengih. Aku nampak Nazatul hanya tersengih memandang aku. Hish, diaorang ni ada je. Tapi, kenapa dia nak jumpa aku ek?
"Kenapa awak nak jumpa saya?" Dia hanya tersenyum dan menunjukkan slip SPM nya. Wah! straight As. Aku tersenyum sampai ke telinga. Slip itu aku ambil. Eh, macam aku pulak yang dapat straight As. Dia memandang aku dengan senyuman yang membawa seribu makna.
"Awak sebenarnya saya..." Aku mengagguk tetapi mata masih lagi memandang slip itu. "Saya..." Aku memandangnya pelik, ni dah kenapa tergagap pulak ni? Tak kan dah dapat straight As terus gagap kot. Abang jambu memandang tepat ke dalam anak mataku.
"Amni tunggu abang tau! Jangan terima orang lain!" Abang jambu terus merampas semula slip SPM nya dan berlari dari situ. Aku masih terkaku. Abang? Apakah? Aku berjalan masuk ke dalam kelas dengan blur sekali.
Solehah memandang aku hairan. "Woi,.. Kau kenapa? Abang jambu kau tu cakap apa?" Bisik Sol. Aku memandang Solehah. "Sol... Dia suruh aku tunggu dia, dan jangan terima orang lain..." Kataku dengan muka blur.
Solehah dah tarik senyum sampai ke telinga. Solehah menulis sesuatu di atas kertas itu dan memanggil nama Nazatul yang duduk di hadapan kami. Nazatul membaca surat tak rasmi dari Solehah itu dan menarik senyum. Dia menunjukkan tanda thumb up!
"WOI!!!"
"Oh, mak kau cipan berguling!" Terkejut aku. Aku menjeling tajam kearah Nazatul. "Kau memang tak sayang kawan kan? Nasib aku tak ada sakit jantung kalau tak memang dah gol la jawabnya!" Geram pulak aku. Nazatul hanya tersengih.
"Sorry ar.. kau la asyik berangan je, penat tau aku bagi salam tak ada siapa yang jawab." Eh, Naza bagi salam ek?
"Kau ada bagi salam eh? Tak dengar la.." Aku buat muka comel. Nazatul bergerak kearah dapur. Aku pergi kearah dapur juga.
"Dah tak payah nak buat muka macam tu macam beruk tau tak." Aku mendekati Nazatul yang sedang membuat air.
"Naza... Kau cantik la hari ni."
"Kau tak payah nak puji sangat la, kalau malas nak masak cakap je terus." Wah, pandai..pandai..pandai.. Belum cakap dah tahu.
"So, kau nak masak la ni?"
"Ye la, nak harapkan kau masak, memang kebulur la jawabnya" Hehe.. Aku menyengih.
"Thanks Naza... Saayyaaaang kau." Aku membuat flying kiss sambil berlari-lari anak kearah bilik aku, untuk mandi. Nazatul hanya menggeleng.
"NAZA, esok aku nak balik kampung la.. Kau nak saing tak?" Tanyaku sambil menonton television.
"Okey la tu, aku pun memang nak balik kampung juga. Kita naik satu kereta ke, lain-lain?" Soalan bengap mana la minah ni sebat.
"Cik Nazatul Aini oii.. Kita ni tak sekampung, nak jumpa kampung kau mahunya kena lalu bermacam-macam kampung baru jumpa."
"Eleh,.. macam la kampung aku ni jauh sangat. Ye lah, bawa kereta sendiri. Eh, nanti kita pergi pantai sama-sama nak? Dah lama kita tak pergi pantai kan?"
"Ha'ah la.. Aku rindu la nak main pasir, nanti dah sampai kampung kita calling-calling eh bila nak pergi."
"Bereh.." Nazatul buat thumb up
"APA?!" Alamak terlebih volume pulak. "Hehe.. Sorry ma.. terlebih volume pulak." Aku tersengih. "Hish, adik ni malu je kalau jiran-jiran dengar." Mama menepuk pahaku.
"Tapi ma, kenapa mama terima pinangan tu. Kita tak cakap setuju pun kan." Aku buat muka merajuk.
"Umur adik tu dah makin meningkat, bila adik nak kahwin kalau bukan sekarang? Pinangan yang sebelum-sebelum ni pun adik tolakkan, ni kalau yang ni adik nak tolak juga, siapa la yang nak kahwin dengan adik nanti.." Bukan kita tak nak ma.. Ada seseorang yang kita tengah tunggu... Tapi, aku kat sini tengah tunggu dia, entah-entah dia dah kahwin dah beranak pinak agaknya. Aku rasa kali ni, lebih baik aku terima. Insya-Allah ini adalah jodohku daripada aku menuggu yang tak pasti.
"Hurm.. Ikut suka mama la.." Mama tersenyum gembira. "Adik nak tahu tak, tunang adik tu hensem, sopan, baik.. bla..bla..bla..." Ha..ni yang aku malas ni nak layan mula la tu nak puji sana, puji sini. Mama kalau dh bercakap, macam dah tak jumpa noktah dah.
"Mama, abah mana?" Saja nak lari tajuk.
"Keluar pergi kebun, kejap lagi balik la tu.."
"Ma.. Nanti petang kita keluar sekejap tahu, nak jumpa kawan." Kataku sambil berbalas-balas mesej dengan Nazatul.
"Hurm.. Ye lah.. balik cepat jangan balik maghrib-maghrib."
"ASSALAMUALAIKUM.."
"Waalaikumsalam, Amni sekejap aku pakai kasut dulu." Kelam-kabut si Nazatul ni keluar rumah. "Ibu, adik keluar sekejap, sebelum maghrib adik balik!" Amboi, anak dara Encik Tohyat ni sopannya berkata-kata. Aku menggeleng.
"Jom?" Dia membuka pintu keretaku. Kami sama-sama masuk ke dalam kereta.
"Naza, kau dah call Sol belum? Dia balik kampung tak?" Tanya ku, sebenarnya hangout nak pergi pantai ni kitaorang ajak Solehah sekali tapi, tak tahu la dia balik kampung atau tak.
"Dah, dia ada kat rumah tu tengah tunggu nak diambil je." Mata ku sedang asyik memandang jalan, ye la keselamatan harus di utamakan. Lepas ni terus pergi rumah Solehah. Eeii,.. Rindu betul aku dengan Sol, dah lama tak jumpa.
AKHIRNYA, sampai juga. Setelah mematikan enjin kereta kami keluar dari kereta dan berjalan menuruni batu-batu. Hari ni air tak pasang jadi boleh turun. Yeay! Boleh main pasir!
Kami main lari-lari, tulis nama atas pasir, main ombak kiranya memang seronok la hari ni. Ye lah, selama ni asyik kerja je tak ingat dunia. Tengah seronok aku main ombak tiba-tiba aku terlanggar seseorang tapi, bukan orang itu yang jatuh aku juga...
"Awak okey ke?" Tanya orang yang langgar tadi.
"Saya okey." Kataku tanpa memandang mukanya. Dia ingin membantu aku tapi, aku menolak. Bukan muhrim.
"Amni.. Nur Amni..?" Eh, macam mana dia tahu nama aku pulak ni? Aku berhenti dari membersihkan baju dan seluarku dari terkena pasir tadi. Aku mendongak sedikit untuk memandang mukanya. Oh cipan berguling! Selama bertahun-tahun aku tunggu dia, baru sekarang nak muncul? Ini yang buat aku nk mengamuk ni tapi aku tahankan.
"AWAK sihat?" Tanya Danial, kami duduk di bawah pokok berhadapan dengan laut yang terbentang luas.
"Sihat, awak?"
"Macam yang awak tengok ni.." Danial tersenyum.
"Awak pergi mana selama ni?" Akhirnya terluah juga apa yang aku nak tanya selama ni.
"Saya ikut ibu bapa saya pindah, dan kini saya pindah semula ke sini untuk masuk meminang awak." Danial tersenyum penuh pengharapan.
"Awak suruh saya tunggu awak, saya tunggu awak tanpa ada sebarang berita langsung. Awak tahu tak awak dah buat hati saya asyik tertanya-tanya tentang awak yang hilang entah ke mana. Selama ini saya hanya ingat awak sampai saya hampir terlupa tentang masa depan saya sendiri." Aku memandang laut, tak sanggup aku ingin memandang dia. Air mata ku hampir sahaja gugur.
"Tapi awak masih single.." Belum sempat Danial menghabiskan kata-katanya, aku sudah memotong.
"Tak! Saya ni tunang orang dan akan bernikah tak lama lagi. Saya dah tak sanggup untuk terus menunggu awak! Saya harap hubungan kita cukup sampai sini. Assalamualaikum." Aku berlari-lari anak kearah Solehah dan Nazatul. Air mata yang aku tahan, akhirnya gugur juga.
Nazatul dan Solehah tak berhenti bertanya dan akhirnya aku menceritakan segalanya juga tentang pertunagan itu. Mereka tak sangka yang aku sudah bertunang. Hurm.. Kalau diaorang tak percaya, aku lagi tak percaya.
"AKU terima nikahnya Nur Amni binti Md Zaini dengan mas kahwinnya dua ratus lima puluh ringgit tunai.." Dengan sekali lafaz, aku kini sudah bergelar isteri orang. Tibalah masa untuk membatalkan air sembahyang. Suami aku mula berjalan kearah aku, aku hanya menunduk. Suamiku menyarungkan cincin di tangan manisku, dan kini aku menyalaminya. Ketika aku memandang mukanya, ha.. time ni memang buat aku rasa terkejut macam nak meletup.
Muhammad Danial bin Abdul Rahman adalah suami aku!
Sejak dari petang tadi, Danial tidak melepaskan pegangannya dari pinnggang aku. Tapi, sekarang dia telah melepaskan pegangannya dari pinggangku untuk bersolat maghrib dan isyak di surau bersama abah, abang-abang ku dan saudara-mara ku yang tidur di rumah.
Aku terdengar bunyi enjin kereta dari arah luar. Mesti diaorang dah balik. Beberapa minit kemudian aku terdengar bunyi pintu di buka. Jantung aku ni dah tak dapat nak di kawal. Aku tetap tidak menoleh aku hanya memandang keluar tingkap.
"Sayang, tengok apa sampai abang dah balik pun sayang tak perasan.." Bukan aku tak perasan saja buat-buat tak perasan. Aku malu sebenarnya nak tengok muka dia. Danial memeluk aku dari belakang.
"Awak.." Danial menunjukkan jari telunjuknya ke bibirku. "Abang.."
"A..ba..ng.., macam mana abang tahu alamat rumah Amni?" Aku memusingkan badan ku kearahnya. Dia hanya tersenyum.
"Abang stalk sayang.." Aku memandangnya pelik.
"Sebenarnya abang dah mula cinta dekat sayang sejak dari sekolah lagi dan mula stalk sayang. Abang selalu mengekori sayang bila sayang balik dari sekolah sebab takut ada apa-apa jadi dekat sayang. Dari situ la abang tahu." Dia tersengih. Aku memukul lengan kirinya perlahan.
"Nakal!" Danial tergelak kecil.
"Abang nak tahu satu perkara tak?" Danial mengagguk. Aku tersengih. "Sebenarnya selama Amni dengan kawan-kawan Amni panggil abang, 'abang jambu'." Terbeliak matanya terkejut. "Kenapa gelar abang macam tu?" Tanyanya ingin tahu.
"Entah, mungkin sebab muka abang macam mamat jiwang kot.. hehe.. " Aku tergelak. Danial sudah buat muka merajuk.
"Alolo... Dah merajuk dah Encik Abang kita ni. Sorry eh, abang jangan la marah." Pujuk ku. Danial tersenyum semula.
"I love you, sayang."
"I love you too, abang."
Nampaknya penantianku tak sia-sia selama ni.
Tamat
P/S: Sorry la kalau tidak memuaskan ini merupakan cerpen pertama saya. Mana yang tersilap eje ka apa ke.. maafkan lah ye.. dan tegur-tegur la jugak.. Jangan lupa tinggalkan komen.. :3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan