Luahan Rasa...?

A Kampung Girl . You know my name, not my story . ^_^ Follow me on :
Instagram: nurnabilah_zaini Facebook: Nurnabilah Zaini Twitter: @bilah841

Isnin, 15 Disember 2014

Cinta Dalam Diam

KRINGGG!! 
 Yohoo! Rehat time! Aku cepat-cepat berlari keluar dari kelas terus ke kantin. Yeah, nasib cepat kalau tak mesti dah habis jemput-jemput pisang ni. Aku membayar jemput-jemput pisang tadi dan melemparkan senyuman manis kepada mak cik kantin. 

 Tengah sedap-sedap aku menikmati jemput-jemput pisang, tiba-tiba.. Bukk! Adoi!! Malaun mana pulak yang langgar aku ni. Aku memandang ke arahnya, okey blur sekejap. Kulit dia mak oi putih melepak, kalah Ah Chong jiran depan rumah aku tu. Mata dia biru, pakai contect lens apa..

 "Hoi! mata kau letak kepala lutut ke apa?! Orang makan duduk, kau makan berjalan mane nampak kanan kiri, gelojoh!" aku tersedar dari keblurran tadi. Eh..eh.. eh. Mamat albino nii, dia yang langgar aku habis semua jempu-jemput aku jatuh nasib dalam plastik. Aku cepat-cepat bangun.

 "Oi, albino! Cakap baik sikit, kau yang langgar aku nak tuduh aku macam-macam pulak. Habis jemput-jemput aku jatuh!" aku mengambil semula jemput-jemput aku tadi. Dia memandang aku tajam. Aku buat tak tahu, lantak kau la mata kau. Aku berjalan meniggalkan mamat albino tadi. Malas nak layan mamat poyo macam tu.

 "What?! Albino kau cakap?!" aku memusingkan badan menghadapnya sambil menjungkit bahu dengan muka minta penampo aku tu. Actually, dia bukan albino pun disebabkan dia putih melepak tu pasal aku panggil dia albino. Dari gaya dia, aku agak dia memang nak kejar aku tapi boleh pulak Pengetua lalu, macam tau-tau je Pengetua ni. Thank you Pengetua! Love you, haha.. 



"HOI! dah berjanggut aku tunggu kau kat sini tau!" aku menyengih.

 "Sorry, tadi aku jumpa mamat albino tiba-tiba je nak marah orang."

 "Bila masa pulak kat sekolah kita nii ada orang kena penyakit albino? Aku tak pernah dengar pulak." aku hanya menunjuk seorang lelaki yang sedag berbual dengan kawan-kawan dia di tepi padang.

 "Mane? Ramai kot.." mata Miera masih tercari-cari.

 "Kau nampak mamat yang putih melepak, mata biru tu?"

 "Mamat yang tengah makan mi tu?" aku mengangguk dan terus sambung makan jemput-jemput. Macam la ada orang lain mata biru.

 "Omaigosh!!! Mamat tu la yang budak-budak perempuan gile-gilekan. Dia tu kacuk Belanda+Inggeris+Malay tau, tu pasal putih giler! Dia form 6 atas, kiranya tahun depan memang dah tak jumpa dia lagi la.. Huhu, sedihnya dia dah tak ada tahun depan tak dapat nak usha dah." aik, over pulak budak depan aku ni.

 "Setakat mix je kot, tak ade ape yang bagus pun. Kalau muka je hensem budi bahasa tak ada, pergi terjun lombong sana la." 

 "Amboi, marah betul kau ni.. "

 "Dah-dah la cakap pasal mamat albino tu, kang nanti kau tak sempak makan kelaparan kau dalam kelas jangan nak merengek minta makan kat aku." Miera tengok jam tangannya dan terus makan makananya. Dah nak habis masa rehat.



APA ke panasnya hari ni. Aku mengipas-ngipas muka yang sudah bertukar merah dek terkena pancaran matahari walaupun di bawah pokok. Aku lupa nak kenalkan diri, nama aku ialah Arysha Nurdamia binti Mohd Masadi. Aku duduk dengan atuk nenek aku kat kampung, ibu ayah aku duduk KL. Disebabkan kesibukan di ibu kota ibu ayah hantar aku dengan abang duduk dengan atuk nenek di kampung. Lamanya abang Luke ni. Mata aku tercari-cari motor yang abang Luke selalu guna untuk mengambil dan menghantar aku pulang. Oh lupa nak cakap abang aku sekarang cuti sem, tu pasal duduk kampung. 

 Tengah sibuk aku tercari-cari motor abang Luke ternampak pulak si mamat albino tu memandang tajam ke arah aku dan berjalan ke arah aku. Okey Ary, kau jangan nak perasan sangat. Aku terus mengalih pandang ke arah lain.

 "Woi, aku belum habis perhitungan dengan kau lagi!" mak oi, aku ingatkan dah habis. Pedendam betul mamat ni.

 "Kau nak buat perhitungan apa lagi dengan aku?" aku memandang dia. Alahai, time-time macam ni Miera dah balik pulak.

 "Kau dah malukan aku depan semua orang, boleh pulak buat tak tau?!" dia masih merenung aku tajam.

 "Apa aku buat?" aku buat muka tak bersalah.

 "Kau tanya apa kau buat? Yang kau panggil aku albino depan semua orang dekat kantin tu pasal ape?" ish, bengang betul mamat ni pasal hal tu.

 "Oh, ade eh.. Tapi bukan kau memang albino ke?" aku terus berlari ke arah abang Luke yang baru tiba. Haha.. Tak dapat kejar lagi. Padan muka kau!



MANA abang Luke ni? Dah berjamban aku tunggu tak sampai-sampai lagi, dah la tempat ni sunyi semacam malam-malam pulak tu.

 "Hai adik, tunggu siapa tu? Jom ikut kita orang." eeii.. Aku memang jaki betul dengan manusia-manusia macam ni, dari dia orang kacau orang baik pergi masjid mengaji lah! Samseng-samseng itu cuba untuk menyentuh Arysha tapi dia mengelak.

 "Meh la ikut kita orang.. Lagi seronok dari duduk sensorang kat sini." Arysha menunjukkan muka tidak puas hati. Mereka memegang tangan Arysha dan memaksa dia untuk mengikut mereka.

 "Tolong! Tolong!" Arysha cuba untuk menarik tangannya.

 "Eh, kau tak payah nak jerit sangatlah tak ada siapa pun kat sini!"

 Ya Allah, aku tak nak mati muda lagi! Harap lah ada orang datang! Bisik hati Arysha.

 Buk! Aku terpana. Sekumpulan samseng itu dibelasah oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Haa.. Amik kau! Tu la buat jahat kat orang kan dah kena belasah!

 Walaweh, teror giler mamat ni belasah lima orang sekali gus! "Awak tak apa-apa?" aku tersedar dari lamunan. Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk membantuku bangun. Aku tidak menyambut hulurannya dan bangun sendiri. Dia menarik semula  tangannya.

 "Saya okey, thanks." aku memandang wajahnya tapi samar-samar yang aku nampak cuma matanya yang bewarna biru. Aik, nak kata mat saleh tapi pandai cakap bahasa melayu, fasih pulak tu.

 "Adik!" abang Luke memanggil dari jauh. Lelaki itu terus berlari. Aku memandang lelaki itu dari belakang. Alah! Tak sempat nak tau nama.

 "Siapa lelaki itu dik?" tanya abang Luke yang masih tercungap-cungap. "Nanti lah adik cerita, ni yang abang lambat ni kenapa?" haa, ni yang aku nak meletop ni! Aku bercekak pingang sambil memandang abang Luke tajam!

 "Hehe.. Sorry laa.. Abang terjumpa kawan lama abang, tu pasal berbual tak ingat dunia." tersengih-sengih macam kerang busuk je aku tengok. "Dah, jom nanti nenek tanya pulak kenapa lambat balik." abang Luke menolak bahu ku. Eleh, dia yang lambat!



* 9 tahun kemudian *

"Ary! Cepatlah, nanti kita kena marah pulak dengan Prof Michael. Dia tu kalau student lewat sikit jaa, dihalaunya keluar. Kau buat apa? Sembelit ke ape?" hurm.. dah mula dah makcik Sorang ni membebel.

 "Ye, ye sekejap!" ooh.. leganya melepas. Aku melihat jam di tangan. Alamak, dah lambat ni! Tanpa berlengah aku dan Miera berlari untuk ke kelas. Miera? Aku dengan Miera tak sangka yang kita orang akan masuk ke universiti yang sama di UM dan kita orang dalam tahun akhir untuk menamatkan degree.

 Buk! Adoiyai, mangkuk mane la yang halang laluan aku ni! "Hish, jalan tu tengok la depan sikit!" aku mengambil buku-buku aku.

 "What?!" alahai nak bermat saleh pulak! Menyampah aku dengan orang yang tak ingat asal-usul ni. Aku tidak mengendahkannya dan terus berlari untuk mengejar Miera. Eeeii, makcik ni boleh pulak dia tinggalkan aku.

 Fuuhh! Nasib sempat sampai sebelum Prof Michael sampai. Akuu mengambil tempat di sebelah Miera. "Miera, sampai hati kau tinggalkan aku." aku sudah membuat muka sedih. "Aku bukan sengaja nak tinggalkan kau tapi.." aku tengok Miera sebersalah nak cakap.

 "Selamat pagi semua!" suara Prof Michael bergema di seluruh kelas. "Selamat pagi Prof Michael!"

 "Baiklah semua, saya ada pengumam penting untuk semua. Mulai hari ini bukan saya yang akan mengajar kamu semua, tempat saya akan digantikan dengan lecturer baru." seorang lelaki berkot kelabu masuk ke dalam kelas.

 "Saya perkenalkan Professor Qaliff Muazzam. Professor Qaliff yang akan menggantikan tempat saya mulai hari ini." err.. Okey, sekarang aku faham maksud kau Miera. Mata Qaliff memandang ke arah aku. Aipp, sekejap! Mata warna biru tu, macam aku kenal!



"SEKARANG kau fahamkan kenapa.." aku mengangguk. "Tapikan Miera aku macam kenal la Prof Qaliff tu.." Miera mengangguk, "Memang kau kenal pun, tu la mamat albino yang ko langgar kat sekolah 9 tahun lepas."

 "What?!" eh, ni berjangkit dengan mamat tu la. Aku menutup mulut, terkuat pulak. "Serius ke ni?" Miera hanya mengangguk. "Kau rase dia kenal aku lagi tak?" Miera menjungkitkan bahu. "Dah lama kot, tak kenal la tu, cumanya kau baru langgar dia tadi pagi, yang itu pasti dia ingat!"

 Sebenarnya 9 tahun lepas, selepas kejadian aku gaduh dengan dia tu keesokkan harinya dia pindah sekolah jadi aku dah tak jumpa dia lagi la. Mana aku tau? Apa gunanya Miera tu. Hehe..

 "Tapikan Ary, makin hensem aku tengok dia sekarang." aku memandang Miera.

 "Dah tok sah la nak menggatal, kang nanti aku bagitau abang Luke a.k.a tunang kesayangan kau tu baru padan muka!" si Miera ni sebenarnya dah bertunang dengan abang aku, macam mana dia orang boleh kenal pun aku tak tau, tup..tup abang aku cakap nak bertunang. Hurmm.. Nasib badan dapat kakak ipar sebaya.

 "Ala, aku main-main jer laa.. Lagi pun tunang aku tu lagi hensem dari Prof Qaliff." aku buat muka nak muntah. Eeuuww.. Geli jer aku dengar. Aku sambung makan semula, nanti asyik bercakap tak habis pula makanan ni.

 "Ary, tu.." Miera menyiku ku. Aku memandang Miera pelik. "Kenapa?" "Tu.." Miera menunjuk ke arah kiri dan aku memusingkan kepala. Erk! Mamat albino tu bukan nak datang sini kan? Aku buat-buat tak kisah dan sambung makan semula. Muka je tak kisah tapi hati macam nak meletup!

 "Lepas kelas malam, saya nak awak datang ke office saya." setelah bersuara dia terus pergi. Aku memandang mamat albino. "Salam tak apa tak, terus je terjah macam tu." aku masih memandang belakangnya.

 "Weh, kenapa dia nk jumpa kau?" ish sorang lagi ni!

 "Mana la aku nak tau, dah la sambung makan kang nanti tak sempat pulak nak solat zuhor."



AKU menarik nafas, hembus, tarik, hembus.. Okey! Tok..tok..tok.. Aku mengetuk pintu office mamt albino tu. "Masuk!" aku menolak daun pintu dengan hati yang berdebar-debar. Hish, kenapa la dia nak jumpa aku ni, macam tak ada siang aje!

 "Ada apa Prof nak jumpa saya?" aku lihat biliknya masih belum di kemas, dengan kotak yang bersepah, fail sana sini.

 "Kau nampak kan office aku ni bersepah?" aku mengangguk. Tadi saya-awak sekarang kau-aku pulak.

 "Aku nak kau tolong aku kemas office aku ni!" aik? Asal plak, bukan office aku. Aku memandangnya tidak puas hati.

 "Kenapa saya pulak yang kena kemas office Prof?" dia memandang ku tajam dan berjalan ke arah aku.

 "Ni denda sebab kau cakap kurang sopan dengan aku dan langgar aku tanpa ada kata-kata maaf pun. Faham?!" aku hanya mengangguk. "Kau susun fail-fail yang ada kat situ." aku bergerak seperti yang di arahkan. Muka tak payah cakap la, memang nampak sangat tak puas hatinya macam nak bagi penampo pun ada.

 Tengah aku mengemas secara tak sengaja aku tersepak kotak yang menyibuk kat bawah kaki aku. aku apa lagi.. Kedebuk! Adoi, mata memang aku dah siap-siap pejam. Aik, asal lembut semacam lantai ni. Aku beranikan diri untuk membuka mata. Okey, aku duduk atas dia!

 Kaku! Aku memang nak bangun tapi badan tak nak gerak pulak. Aku dapat rasakan debaran yang laju di dadanya.

 "Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami mendapat laporan yang anda sedang melakukan maksiat di sini." aku dan dia secara automatik bangun dari sesi tindih-menindih tadi. Err.. Tergamam.



"AKU terima nikahnya Arysha Nurdamia binti Mohd Masadi dengan mas kahwinya RM1500 tunai."

 Masih terngiang-ngiang kata-kata nikah itu di telingaku. Aku memeluk kaki dan menyembamkan mukaku ke lutut. Nak kata sedih, tak juga, nak kata gembira, giler ke ape kena tangkap basah seronok. Entah aku sendiri tak faham apa yang aku rasa. Bercelaru. Tapi, aku ada rasa terkilan dengan abang aku sebab dia tak ada masa aku nikah. Dia terpaksa ke Langkawi untuk uruskan kerja di sana.

 Aku terdengar daun pintu bilik di kuak sedikit. Malu kot nak pandang muka dia, yela minggu lepas lecturer hari ni suami, aku tunduk je tak angkat kepala langsung. Beberapa minit kemudian aku terdengar percikan air di dalam bilik mandi. Hurm, mandi la tu, yela hari ni penat betul melayan kerenah tetamu yang datang belum lagi saudara mara yang menggedik tak tentu pasal. Bukan gedik apa pun cuma..biasalah pengantin baru kan.. Faham-faham sudahla.

 Tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar. Aku melangkah ke arah pintu. Aku membuka pintu dan terlihat adik sepupuku. "Jom tengok movie!" amboi exitednye. Aku mengangguk, "Kejap eh, tunggu kat bawah tau."

 Aku menutup pintu semula. Aku bergerak ke arah pintu bilik air. Aku mengetuk pintu bilik air sebelum bersuara "Err.. Awak.. Saya turun bawak nak tnegok movie tau. Kalau ada apa-apa cari saya kat bawah." diam, tiada balasan. Okey kot. Aku apa lagi terus turun bawah la selepas menyarungkan tudung.



ADUHAI, nasib la sedara kalau tak dah lama aku bom sorang-sorang. Ajak aku tengok movie tapi cerita horor, macam tak kenal je aku ni penakut. Nak pecah jugak la anak tekak ni menjerit aje sepanjang cerita tu.

 Aku menguak sedikit daun pintu bilik tidurku. Uish, gelapnya sejuk pulak tu, tak menggigil ke. Tapikan, lagi menakutkan aku pulak. Gelap semacam aje. Aku menutup pintu dan bergerak ke katil. Macam dah tidur je. Ikut hati memang nak tidur dekat sofa tapi baru je lepas tengok citer horor memang tak berani la. Aku naik ke atas katil dengan perlahan-lahan.

 "Awak, saya tidur atas katil tau. Bukan nak ambik kesempatan tapi saya takut la nak tidur dekat sofa tu sorang-sorang sebab tadi saya tengok citer horor." apesal ayat aku macam aku yang suami dia yang isteri? Hurm, macam la dia dengar kan tengah tidur tu. Aku mengambil bantal peluk dan letakkan di antara aku dan dia.

  Okey, time to rest! Harap mimpi yang indah-indah. Semoga encik ghost tak datang, aminn..



AKU membuka mata perlahan-lahan. Aku terasa seperti pinggangku ditindah... Aku terus membuka mata seluas-luasnya apabila aku rasa seperti dipeluk?..!! Err.. Apa aku nak buat ni? Nak jerit? minta penampo mak aku ke pagi-pagi dah buat kecoh. Aku memandang syiling. Tak tahu nak buat apa, kang nanti aku tolak tangan dia, terbangun pulak malu aku!

 Aku rasa dia dah bangun sebab dia sudah mula mengalihkan tangannya. Aku cepat-cepat menutup mata semula, kononnya belum bangun la. Aku terdengar pintu bilik air ditutup. Pergi tandas la tu, Fiiuuhh~ Aku terus bangun dari pembaringan. Tak sampai 5 minit, pintu bilik air dibuka semula.

 "Kau ambik wudhu dulu, kita solat sama." dia terus membentang sejadah. Erk! Macam mana aku nak cakap ek? Aku sudah mula menggaru-garu kepala.  "Err.. Awak solat dulu la, saya nak mandi sekali." aku memberi alasan.

 "Tak apa, aku tunggu." aku sudah pening kepala nak bagi alasan apa. "Kalau period, cakap je la.." aku lihat dia tersengih memandang ku. Aku menarik selimut menutup muka. Adoi, malunya aku!



SUDAH dua hari aku berpindah dirumahnya. Aku duduk di bilik di hadapan biliknya. Pertama kali aku jejak kaki di rumahnya sudah cukup membuat mulutku terlopong. Aku nak aje tanya ni rumah ke istana. Almaklumlah, orang kampung mane pernah jejak banglo.

 Aku sedang memotong bawang untuk masak makan tengah hari. Kalau aku bosan, aku memang suka buang masa dekat dapur. Selalunya kalau aku termasak lebih, aku akan paksa abang Luke makan walaupun dia dah makan. Hahaha!! (ketawa jahat)

 Ini adalah kali pertama aku masak kat rumah ni, lagipun dari membuang masa tengok tv baik masak. Qaliff balik dari kerja pukul 5 so, aku masak untuk aku seorang je la. Siapa yang nak makan kalau masak banyak-banyak, kalau ada abang Luke boleh aku paksa dia makan.

 Aku terdengar deruman kereta Qaliff di luar. Aik? Awalnya balik selalunya pukul 5. Selalunya? Oi makcik kau baru pindah dua hari lepas la.. Hehehe..

 Aku lihat Qaliff terkocoh-kocoh masuk ke dalam rumah dan masuk ke bilik. Laju betul masuk bilik dah kenapa tu? Hurm, lantak la.. Nampaknya kena masak lebih.



AKU lihat jam didinding sudah menginjak ke angka 5 petang. Kenapa Qaliff tak turun-turun lagi ni? Aku bangun dari sofa di ruang tamu, aku tertidur semasa menunggu Qaliff turun. Ish, takkan la ada yang nak culik dia kot? Takkan dah besar panjang camtu ada yang nak culik.

 Oleh kerana kerisauan yang melampau tahap gunung Everast, aku berlari menaiki tangga dan menuju ke biliknya. Aku menguak daun pintu perlahan. Senyap ja.. Aku lihat dia terbaring di atas katil. Aku mendekatinya untuk mengejutnya bangun tapi aku baru sentuh tangannya.. Astagfirullahalazim, panas giler tahap dewa. Okey, tak ada la sampai tahap tu tapi tetap panas.

 "Awak... Bangun.." Qaliff membuka matanya sedikit.

 "Saya rasa awak demam panas ni, jom lah saya hantar awak pergi ke klinik." Qaliff menggelingkan kepalanya. Eh kau mengada pulak tak nak, jangan nak gedik sangat lah. Geram betul aku, dah demam tu pergi klinik la!

 "A..ku... tak.. nak..pergi..kli..nik.." sepatah-sepatah kau cakap, dah macam apa aku tengok, tu pun masih tak nak pergi klinik? Aku menggelengkan kepala.

 "No, no, no! You'll have to go too! No excuse!" aku membantunya untuk bangun dari pembaringan. "Saya pergi pakai tudung dulu awak tunggu sini." Qaliff hanya berdiam diri sahaja.



Aku terbangun daripada tidurku untuk solat subuh tapi bukan aku tidur tepi katil mamat mata biru ni ke? Aku memandang sebelah kanan ku apabila ku tersedar yang aku dipeluk seseorang. Ikut hati memang nak jerit je tapi nanti aku jugak yang malu. Bila masa pulak la aku tidur sebelah dia ni? Dah la katil dalam wad ni kecik ja..

 Oh ya, mamat mata biru ni semalam petang degil tak nak pergi klinik. Sampai aje klinik, doktor suruh bawak pergi hospital then kena tahan. Degil sangat, tak nak dengar cakap orang semalam. Konon kuat la tu. Tapi macam mana aku boleh tidur sebelah dia ni?

 Aku cuba untuk mengalihkan tangannya perlahan-lahan tersangat perlahan, takut nanti terjaga pulak malu aku tak keluar bilik seminggu! Berjaya! Aku bangun untuk ke bilik air tapi tangan aku di tarik dan jatuh ke pembaringan semula.

 "Where do you wanna go?" mata Qaliff masih tertutup. Mak oi suara dia, seksi pulak pagi-pagi macam ni. Tanganya tidak lepas dari memeluk aku.

 "To..toilet.." amik kau tergagap-gagap, tu la semalam ejek suami sendiri. Kenapa la dengan dia ni? Sebab demam panas ke?

 "Why?" Qaliff meperkemaskan pelukan.

 Ary, stay cool okey. "Eii, dah la bangun lah. Saya nak solat subuh ni!" aku menepuk tanganya yang masih memeluk aku. Dia melepaskan pelukan. Aku terus berlari ke arah tandas. Fuuhhh~ Lepas! Tapi macam mana aku boleh kat atas katil pulak? Sebelah mamat mata biru pulak. Argh! Lantakla sekarang masa untuk menghadap sang Pencipta.



SEJAK kes peluk-memeluk minggu lepas, aku akan cuba untuk mengelak dari bertembung dengan Qaliff. Kenapa? Tanya pulak, sebab segan lah. Tapi hari ni kena kongsi bilik pulak dengan dia disebabkan mummy dia suruh makan kat rumah dan tidur di sana untuk 3 hari, lepas rindu katanya. Nak buat macam mana, takkan la nak tolak kot. Apa tak ke kurang ajar punya menantu tu namanya.

 Masa makan malam tadi, mata dia tu yang tak boleh blah. Tau la mata kau tu cantik tapi jangan la asyik nak menjeling tengok aku. Bikin jeles ja tengok mata dia. Eleh, cakap je la kau tergoda. Hahaha... Memang pun, mata dia asyik nak memandang orang sebelah je.

 Selepas makan malam, aku tolong mummy di dapur. Boleh plak mummy dia tanya soalan cepu mas. "Ary, kamu ada apa-apa ke?"

 "Ada apa-apa, apa mummy?"

 "Ye la, si Qal asyik tengok kamu je. Tak nak lepas langsung! Kamu mengandung ke?" ha..amik kau, direct terus! Mamat ni la asyik nak jeling aku je, kan sudah ada kesalah fahaman di sini. Nak mengandung apanya mummy, tidur sebilik pun tak. Aku jawab macam tu dalam hati je la, giler kau nak jawab betul-betul.

 Walaupun kita orang kahwin sebab tangkap basah, mummy dengan daddy dia tak ada pun nak mengamuk sampai tak terima menantu. Malah, mummy daddy dia mengharapkan kami akan terus bersama. Kalau dalam novel, sure kofleks sana sini. Hehe.. Silap..silap, konflik.

 "Belum ada rezeki." aku tersenyum memandang mummy. Jawapan nak klishe.

 Aku lihat Qaliff dengan daddy dia tengah rancak berbual di hadapan tv. Aku menaiki anak tangga dengan berhati-hati dan terus ke biliknya. Sesampai saja di biliknya, aku mengambil diari di dalam beg baju aku.

 Aku bergerak naik ke atas katil. Segala rasa aku sering luahkan dalam diari ni. Aku menulis sesuatu dalam diari itu sebelum aku tertidur sambil memeluk buku diariku.



AKU tak tahu kenapa tapi sejak dari mamat mata biru ni balik dari berjoging bila tengok aku je senyum, senyum je tengok aku. Aku rasa dia kena jumpa pakar kaunseling ni. Mesti ada something wrong some where. Hurmm..?

 "Awak, saya nak ke shopping complex. boleh tak?" Qaliff yang tadinya asyik menonton tv memandang aku dengan erm..entah la, aku tak tahu nak cakap macam mana, sambil tersenyum manis. Aku rasa ada lori gula tumpah dekat muka dia kot, tu pasal asyik tersengih ja sebelum ni muka punya la ketaq, payah nak menengoknya snyum.

 "Of course boleh, sayang but with me." erk! Dia cakap apa? Sayang?! Sudah. Kenapa la dengan dia ni? Dulu bukan ber'aku kau' aje, sekarang apa sudah jadi?!Anybody can help him? Biar la, buat tak tahu sudah. Pergi dengan dia? Boleh la, asal aku dapat barang aku.

 "Okey, err..awak tak nak salin baju ke?" aku pelik melihatnya sambung menonton tv.

 "Sayang nak salin baju sama dengan abang ye? Okey, jom..jom.." erk! Qaliff bangun. Belum sempat dia nak bergerak untuk menaiki tangga, aku terus berlari dengan kelajuan cahaya lah sangat,hehe.. menaiki tangga dan masuk ke bilik terus mengunci pintu.



BANYAK mata yang memandang kami. Apa taknya dari tadi dipegangnya tangan aku tak lepas, aku nak ke sana sini pun payah. Dah tu tak habis-habis duk bersayang-sayang, hish..bikin malu aje. Akhirnya dia lepas kan tangan jugak tangan aku itu pun sebab dia nak ke tandas, ikutkan hati dia nak aje dia angkut aku ke tandas sekali. Itu apa yang dia cakap la..

 Aku bersandar pada dinding sambil menunggu Qaliff, tiba-tiba aku terasa ada orang mencuit bahu kanan aku. Aku memusingkan kepala aku ke kanan... Abang Luke! Abang Luke tersenyum sambil mendepakan tangan. Aku terus memeluknya. Sudah hampir sebulan tak berjumpa, masa aku nikah kahwin hari itu pun Abang Luke tak datang sebab urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

 Aku melepaskan pelukan."Bila abang Luke balik? Tak cakap kat orang pun." aku buat-buat merajuk. Abang Luke masih tersenyum.

 "Alolo.. Abang Luke saja nak bu..." belum sempat Abang Luke menghabiskan kata-katanya Qaliff menerpa ke arah Abang Luke dan menumbuknya! Abang Luke jatuh sambil memegang bibirnya yang pecah. Aku cuba untuk membantu abang Luke tapi tangan aku ditarik oleh Qaliff. Qaliff memandang abang Luke macam nak bunuh

 "Kau siapa nak peluk-peluk isteri aku huh?!!" Qaliff menengking abang Luke. Aku mencuba untuk melepaskan pegangan tangan Qaliff dari ku tapi sia-sia aje. Eii.. Sakit lah, dah tu tiba-tiba pulak nak tumbuk abang Luke! Aku memandang Qaliff tajam!

 "Awak ni dah kenapa?! Lepas lah!!" Qaliff tidak mengendahkan aku. Qaliff memperkuatkan lagi pegangan tangannya. Sakit!

 "Wowo.. Relax bro!" abang Luke cuba untuk menenangkan Qaliff. "Relax kepala hotak kau!" Qaliff cuba untuk menumbuk abang Luke lagi tapi aku lebih pantas dengan memeluk lengannya. Dia memandang aku tajam! Dia marah aku, aku lagi marah dia!

 "Kau suka la lelaki bukan muhrim kau ni peluk kau huh?!" Qaliff menengkin aku pula. Pedas kata-kata itu. Aku memandangnya dengan pandangan yang berapi. Muka aku dah merah padam menahan marah. Aku cuba untuk tak berlawan kata dengannya. Boleh kena darah tinggi aku macam ni!

 "It's okey dek. Qaliff, actually I'm your brother in law. Lukman Zakwan." abang Luke menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Qaliff memandang wajah abang Luke dengan muka yang agak terkejut. Pegangan tangannya mula kendur. Aku menarik semula tanganku.

 "Sorry lah ye, mase kau orang kahwin hari tu aku tak ada. Out station." Qaliff menyambut huluran tangan abang Luke dengan muka serba salah. Tu la, tiba-tiba aje nak tumbuk orang tak tahu hujung pangkal cerita! Aku menjeling Qaliff dengan perasaan marah yang belum reda.

 "Abang Luke okey tak?" aku mendekati Abang Luke. "Abang Luke okey. Alah, setakat bibir pecah sikit je belum kena tikam lagi." Qaliff rasa serba salah.

 "I'm sorry err.."
 "Just call me Luke, umur kita sebaya."
 "I'm really sorry Luke, a cup of tea. Maybe?" dah tumbuk muka orang nak belanja air aje, macam la abang Luke tak ada duit nak beli air. Aku mencebikkan bibir. Menyampah!

 "No need. I got to go, ada meeting." kesian.. Nasib abang Luke la pergi meeting muka pecah. Abang Luke mendekatkan mukanya ke telinga aku. "I think he is madly in love with you.." abang Luke berbisik ke telinga ku sambil tersengih.

 "Ish, merepek je." aku sudah kerutkan muka. Takkan la, kalau abang Luke kata aku yang jatuh cinta dengan dia, betul la tu. Tapi, kalau dia? Abssolutely not! Tengok je la 9 tahun lepas perangai dia macam mana, masa jumpa masa dekat U dulu tu pun. Haih..ngamuk dia tak pernah berubah.

 "Haha.. Jangan gaduh-gaduh. Assalamualaikum." aku memandang abang Luke pergi.



QALIFF memegang lengan aku ketika aku ingin keluar dari keretanya. "I'm really really sorry! Please do not ignore me!" ni yang cair ni bila tengok muka 'puppy face' dia. Chill Ary, jangan tunjuk kau cair. Aku menarik kasar tanganku dan berlalu keluar dari keretanya. Sepanjang perjalanan dia asyik cakap "I'm sorry, really sorry." tak pun "Sayang jangan la merajuk!" dengan muka'puppy face' dia tu. Entah bila entah aku jadi 'sayang' dia

 Aku menaiki anak tangga dan terus masuk ke dalam bilik. In...out...in..out... Okey tenang sekejap. Takpe bukan dia buat salah besar pun.. Dah tumbuk muka abang Luke bukan salah besar ke tu? Tapi dia kan tak tahu yang dia tumbuk muka abang ipar dia.. Argh!! Asal la hati ni nak defend dia sangat.

 Nasib Mummy dengan Daddy tak ada di rumah untuk beberapa hari ni. Mereka suruh kami menunggu mereka pulang. Kalau tak mesti mereka pelik tengok keluar baru sejam dah balik. Lebih baik aku ambil wudhu' dan bersolat untuk tenangkan hati ni.



QALIFF menguak daun pintu perlahan, berjam dia menunggu gadis itu di ruang tamu tetapi hampa. Qaliff terlihat sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas tikar sejadah dengan masih bertelekung. Qaliff menanggalkan telekung Arysha perlahan-lahan, tidak mahu mengejutkan gadis itu dan merangkul tubuhnya menuju ke rah katil.

 Qaliff berbaring di sebelah Arysha. "I'm sorry sayang, abang dah tak dapat nak memendam rasa lagi. Abang akan beritahu Arysha tentang isi hati abang secepat mungkin!"

 Qaliff mencium dahi Arysha"Sweet dream, sayang." Akhirnya, Qaliff tertidur dengan memeluk tubuh Arysha.



"SAYANG, please jangan tinggalkan saya!"

 Wait minute.. Bila masa pulak aku bercadang nak tinggalkan dia pulak? Aku menghentikan lipatan baju, aku memandangnya pelik. "What's wrong with you?" aku memandangnya. Qaliff mencangkung depan aku yang duduk di tepi katil. Dia buat lagi. Muka 'puppy face' tu, please.. Melting tau!

 "There's nothing wrong with me! Can't you just stay by my side? How dare you make me like this!" what? Apa yang aku buat kat dia? Aku masih memandangnya pelik. Qaliff memandang aku macam nak menangis, but why?

 "Besar sangat ke salah saya pada awak?" aku hanya mendiamkan diri. Masih terpinga-pinga. "I love you! Why you do not realize it, huh?" what the?! He said his love me?! Qaliff sudah mahu bangun menuju ke arah pintu apabila tiada reaksi dari aku dengan wajah yang kecewa.

 Belum sempat aku cakap apa-apa tiba-tiba.. Blackout! Omaigosh!! Ni yang aku seram ni, malam jugak la pekerja TNB tu nak betulkan lampu macam tak de siang je. Aku berlari menuju ke arahnya dan memeluk Qaliff dari belakang.

 "Hei, kenapa ni?" dia bertanya lembut sambil memegang tangaku untuk melepaskan pelukanku. Tapi, aku mengeratkan pelukan. Aku tak nak duduk dalam gelap ni sensorang!

 "Jangan pergi!" okey ayat ni macam lain pesen sikit lepas apa yang jadi tadi. "Okey, okey, tapi abang tak boleh nak bernafas ni! Lepas please?" aku melonggarkan pelukan. Qaliff memeluk pinggangku.

"Sayang duduk sini, abang nak pergi amik lilin sekejap." dia sudah melepaskan pelukannya di pinggangku. "No!" aku memegang tangannya. "Okey, okey, jom kita duduk kat katil." kami berjalan perlahan untuk ke katil. Ye lah, nama pun blackout, takkan la nak jalan laju-laju kang tergolek pulak!

 "Tapi.." Qaliff bersuara semula selepas kami melabuhkan punggung di atas katil. "Sayang yang nak tinggalkan abang dulukan!" suaranya seperti merajuk.

 "Bila masa pulak saya nak tinggalkan awak?" ini yang aku muykil ni!

 "Kalau sayang tak berniat nak tinggalkan abang, kenapa sayang kemas baju masuk dalam luggage? Memang berniat pun kan!"

 "Astagfirullah! Awak ni pun.. Esok kan Mummy dengan Daddy nak balik dah, so kita kena balik rumah kita la!" tu la percaya apa yang dia nampak aje, yang dia tak nampak?

 "Jadi sayang tak berniat nak tinggalkan abang la?" wait..wait.. Sayang? Abang? Since when eh?

 "Absolutely, not. Lain kali jangan nak serkap jarang je, macam masa awak tumbuk muka abang Luke tadi pun. Awak ingat saya akan peluk dengan lelaki yang bukan mahram saya? Saya bukan buta hukum agama."

 "I'm sorry?"
 "It's okay, saya dah maafkan dah." Qaliff memelukku erat. Aku membalas pelukannya.

 "Arysha.."
 "Hurm..."
 "I love you, do you love me?" aku terkedu sekejap. Ni ayat dia cakap tadikan? Tapi, kalau dia sebenarnya tak cintakan aku macam mana?

 "If I said no?" dia melepaskan pelukan.

 "You're liar! I know you love me!" wah, yakin betul dia ni.

 "How do you know?"
 "I've read your diary.." suaranya mengendur. Apa ni, baca diari orang!
 "What? That my privacy!"
 "I know! Tapi, abang nak tahu isi hati sayang pada abang! Masa malam pertama abang tengok sayang macam tak dapat nak terima perkahwinan ni disebabkan oleh tangkap basah tak sengaja tu! Jadi abang yakin yang sayang langsung tak cintakan abang, dan tak terima perkahwinan ni. But, I didn't know that you love me."

 "Awak.." jarinya diletakkan ke bibirku.
 "Abang, sayang.."

 "Okey abang, Ary dah dapat terima perkahwinan ni sejak abang melafazkan akad nikah tu Ary dah terima abang sabagai suami Ary. Dengan cara yang macam mana kita kahwin pun, kalau dah tertulis nama Ary bersama Qaliff memang akan terjadi juga."

 "So, do you love me?"
 "I do."
 "Do what?"
 "I do, love you!" aku terus memeluknya.

 "Abang.."
 "Hurm.."

 "Sejak bila abang cintakan Ary?"

 "Sejak, ada orang tu panggil abang albino.."

 "It's nine years ago, and I'm just fourteen years old." err.. lamanya.. Tak sangka dia fallen in love dengan budak empat belas tahun.

 "Sebab sayang sorang aje yang panggil abang albino. Orang lain puji abang hensem!"

 "Perasan!" dia tergelak kecil.

 "Sayang ingat lagi tak masa sayang kena kacau dengan samseng dulu tu?"

 "Ingat! Ada seorang mamat mata biru yang tolong Ary tapi, sampai sekarang Ary tak tahu siapa orang tu.." ermm,.. siapa lah lelaki tu?

 "The guy is me!"
 "Lelaki tu abang?"
 "Yes I am.."
 "Tapi macam mana?"

 "Esoknya abang dah kena balik KL, masa sayang panggil abang albino tu last day abang kat sekolah. So, abang jalan-jalan kat pekan la. Tapi, ternampak pulak sayang kena kacau. Abang sedih sebab sayang tak kenal abang.." suaranya sengaja di sedihkan.

 "Mengada!" aku menepuk lengannya.

 "Tapi akhirnya sayang dapat jugak kahwin dengan penyelamat sayang kan?"

 "Haah." aku mengangguk.

 "I love you, sayang!"

 "I love you too, abang!"


Tamat


P/S: Terima kasih kerana membaca cerpen saya. English saya memang tak berapa bagus. 'Broken English'. Sorry kalau ada tersilap ejaan. Hope enjoy dengan cerpen kali ni. Kalau ada apa-apa teguran ke, cadangan ke, boleh tinggalkan komen di bawah ini. Sekian terima kasih! :)

Khamis, 6 November 2014

Oh My Abang Jambu Raya!


"MAMANYA, yang awak dari tadi ke hulur-hilir ni kenape?" kata Pak A'an sambil menyelak surat khabar di tangan.

"Mana saya tak risau, budak-budak ni belum sampai lagi!"

"Hurm.. Tak payah nak risau sangat lah.. Kejap lagi sampai lah budak-budak tu."

Sebuah kereta Hyundai Sonata sedang memasuki perkarangan rumah Pak A'an dan Mak Leha diiringi dengan Mitsubishi Lancer dan BMW 316i. "Hah, tu pun mereka, kan saya dah cakap sampai la jugak nanti mereka tu." Pak A'an melipat semula surat khabar yang dibacanya tadi.

"Assalamualaikum !" ucap Harris anak buahku sambil berlari-lari mendapatkan neneknya.

"Abang! tunggu Anna!" jerit Hanani Hanna

Aku hanya tersenyum melihat Adam Rayqarl, cool jer.. haha ! ni pasti dan memang kat sekolah dapat gelaran Prince Of Ice. Hari ni aku dengan abang-abang aku komplot balik ramai-ramai, nasib baik my hubby nak kalau tak nak, keciwa hati ini! huh, banyak la kau punyer keciwa.

"Sayang, masuklah dulu. Abang ambil beg dulu nanti abang masuk."Aku keluar dari kereta dan hanya mengangguk saja.

"Assalamualaikum, mama!" aku menyalami tangan mama diikuti oleh kakak-kakak iparku. Para suami pula sedang sibuk mengambil beg. Haha! itu memang kerja lelaki kan.

"Lama kamu tak balik Amni, Kak Fiqa dengan Kak Aziey dah berapa kali berbuka dengan mama abah semua. Kamu hari ini baru nak berbuka sama." aku menyengih, nak buat macam mana mama dah dapat suami arkitek, yag asyik nak ke site sanalah situlah, kalau nak selalu berbuka sama baik kahwin dengan orang kerja kampung, ye tak? Giler aku nak jawab macam tu.. maunya Encik abang dengar merajuk seminggu.

"Abang Danial banyak kerja la mama."

"Eh, awak ni kalau ye pun dah lama tak jumpa sekali pun macam tak boleh nak berborak kat dalam. Dah, dah.. mari masuk Fiqa, Aziey." kata abah. Erk?!

"Abah tak ajak Amni pun!" mulut dah macam itik dah nih. Ni kalau orang nampak maunya dibagi penampo.

"Dah berapa tahun kamu duduk kat rumah ni? Aih.. rumah sendiri pun, lain lah kalau kamu menantu abah." aku menyengih dan menyalami abah sebelum masuk ke dalam rumah.



"MA, along dengan angah mane?" tanya ku sambil mengikat rambut. Aku lihat Kak Fiqa sedang menolong mama memasak untuk berbuka nanti lah tu kot. 

"Angah pergi rumah mak mertua dia dengan Kak Aziey. Rumah mak mertua dia kan dekat-dekat sini je, kejap jer dah sampai." aku lihat Kak Fiqa hanya tesenyum. "Mama, Fiqa pergi solat Asar dulu, dah pukul berapa belum solat lagi ni.." minta Kak Fiqa.

"Ha.. pergi la solat dulu." aku duduk di tempat Kak Fiqa tadi dan meneruskan kerja memotong bawang.

"Mama, abang Danial dengan Along mane?" hairan juga aku, tiba-tiba je suami aku hilang. Ye la, dia tu orang bandar bukan biasa sangat duduk kampung macam ni. Masa hari kahwin dulu tu, asyik ke hulur-hilir jer, tak senang duduk betul!

"Danial dengan Along pergi tebang buluh nak buat pelita. Macam mana dengan kandungan kamu? dah masuk berapa bulan?" mama memandang aku buat seketika. Aku hanya tersenyum sambil memotong bawang.

"Alhamdulillah sihat, dah masuk 3 bulan. Esok nanti nak buat check up kat hospital." aku pelik. Mana anak-anak buah aku semua ni? selalu bukan main bising lagi, ni tiba-tiba je senyap. "Ma, Harris, Adam, dengan Anna mane? tak nampak pun dari tadi, selalu bukan main bising lagi." mataku tercari-cari budak-budak kecik tu semua. 

"Semua ikut Abah pergi tengok lembu Pak Nan yang nak dibuat korban raya nanti. Lepas tu tak tau pulak dia orang pergi mane, sebab dari tadi tak balik-balik." Mama sedang menggoreng ayam untuk dibuat masak merah. Wah, perut sudah berlagu riang-ria hari raya ni. Aku memandang jam diding di dapur, ada lagi beberapa jam je lagi nak berbuka.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi bising-bising dekat luar rumah. Aku bangun berdiri di pintu dapur, aku lihat Along sedang menekan perutnya dan ssedang asyik tertawa. Ish, dah kenapa pula Along ni? takkan dah kena sawan pula kot.. Aku lihat Danial memandang pelik ke arah Along.

"Apa yang bising-bising tu Amni?" tanya mama terus menuju ke arah pintu dapur dan berdiri di sbelah aku. Aku hanya menganggkat bahu. 

"Long! Apa yang bising-bising tu?!" Astagfirullahalzim! Terkejut aku, mau tak nye mama menjerit kalah singa mengaum kat hutan. Aku lihat Along tergolek jatuh mendengar Mama menjerit. Haha! Amik kau, tu la ketawa tak hingat dunia. Aku hanya menyengih, kang nanti tak memasal nanti kena marah pulak.

Along lari ke arah aku dan mama."Mama tau tak, Along suruh Danial pergi potong buluh nak buat pelita. Boleh pulak dia pi potong pokok tebu!" Along terus gelak lagi. Mama hanya menggeleng. Aku apa lagi bantai gelak lah, tadi masih boleh tahan tapi ni dah tak boleh. Danial hanya memuncung, merajuk le tuh.

"Hish kamu ni Long, mane la Danial ni nak tau nak membezakan mane tebu dengan buluh bentuk pun lebih kurang je, ye tak Danial?" Hai.. Mama, macam perli je.

"Dah..dah.. pergi mandi sana, abis bau hancing!" arah mama dan meneruskan masakkannya yang tergendala tadi. Danial hanya menjeling kearah aku, mulut tu dah muncung tu.. Merajuk! Habis la memang payah la nak pujuk.

*waktu malam ek ni.. *

"ABANG.."

Alahai.. merajuk tak habis lagi la tu.. Aku lihat Danial duduk di tepi katil membelakangi aku. Aku pergi kehadanpannya tapi dia tak nak tengok muka aku la pulak! 

"Abang, jangan la merajuk lagi..dan tak cute dah." aku hanya menyengih, dia hanya mendiamkan diri. Ish, ini sudah teruk. Fikir punya fikir.. Ting! keluar lampu di atas kepala..haa.. ni mesti menjadi punya.

"Tak apa la baby papa dah tak nak layan mama dah.. Jom kita tidur dekat luar." aku mengambil satu bantal sambil membuat muka sedih. Danial menjeling kearah aku, okey..sikit jer lagi !

Belum sempat aku melangkah keluar Danial sudah memegang lengan aku. Yes! Aku tersenyum sebelum memandang kearah Danial dengan wajah yang sedih.

"Sayang, jangan tidur kat luar tak elok untuk baby.." dia senyum pun tidak. 

"Abang dah tak merajuk lagi?"

"Nanti abang merajuk lama-lama bukan orang tu nak pujuk pun." jawab Danial sambil menjeling kearah aku.

"Yeay! Saaayaaaaang abang!" aku terus melompat keatas katil dan memeluk Danial. Terkejut beruk dia.

"Sayang, hati-hati sikit.. sayang tu mengandung." dia memandang aku risau. Aku wat donno jer.

"Abang esok pergi solat tarawih jangan tinggal Amni kat belakang tau~ kalau abang buat macam tu lagi Amni tak nak kawan dengan abang." aku memuncung.

"Dah orang tengah merajuk." dia dah buat dah.. dia dah buat dah.. muka comel dia tu.. Eeii geram betul la..

Aku mencubit kedua-dua belah pipi Danial. Dia merengek kesakitan. Danial memandang aku pelik. "Kenapa cubit pipi abang?" aku hanya menyengih 

"Siapa suruh abang comel sangat! Oh ye, abang esok Along dengan Angah nk buat dodol diaorang nak Abang tolong. Tapi, jangan tak menjadi sudah dodol tu.." aku menyengih nakal kearah Danial.

"Ooo.. pandang rendah kat abang eh, tak pe..tak pe tengok nanti." hurm.. yakin betul menjawab. Tak pe nanti kita tengok eh..


"AIK?! yang Along dengan Angah kat sini kenapa? bukan tengah buat dodol ke?" hairan aku tengok Along dengan Angah dekat belakang rumah tengah membetulkan buat pelita. Aku ingatkan dia orang nak buat pelita petang nanti.

"Tu haa.. laki kau dik, nak sangat buat dodol sendiri. Angah bukan apa..tapi dia tau ke buat dodol tu macam mane." aku hanya menyengih. Haa.. nampak tak permainannya di situ. Kita tunggu..

"Angah, Along, Harris, Adam dengan Anna mane?" tanyaku sambil tercari-cari budak bertiga tu. Daripada hari budak-budak tu smapai kampung jarang benar aku nampak mereka. Kejap-kejap pergi ikut Abah la. Kejap-kejap keluar memancing lah..

" Ada dekat dalam tolong pasang langsir dengan Mama, Kak Fiqa dan Kak Aziey." aku hanya mengangguk dan beredar masuk ke dalam untuk membantu yang lain.


AKU, Danial dan Along menunggu Abah di luar bilik doktor. Pintu bilik doktor dibuka, kami pergi kearah Mama yang sedang memimpin lengan abah. Danial dan Along menggantikan mama untuk memimpin abah duduk di kerusi.

" Abah, doktor kata apa? " tanya Along.

" Doktor kata silap makan aje.. Bagi ubat nanti sihat la.." mata aku dan Along terus memandang Danial.

" Abah maafkan saya lah, sebab saya abah sakit macam ni.." Abah memandang Danial sambil tersenyum.

" Tak pe lah, bukan salah kamu pun.." Along pergi ke kaunter setelah nama abah telah di panggil. Aku dan Danial memimpin abah masuk ke dalam kereta.

Haa.. Nak tau kenapa abah sakit? Senang ja jawapannya mestilah sebab laki aku la ni masak dodol keras macam batu. Kononnya nak tunjuk hebat la tuh, last-last abah kena pergi klinik.

"ABANG.. bangun.." Danial menggeliat malas.

"Abang.. bangun dah subuh ni.. Nanti nak solat sunat raya aidilfitri lagi.." Aku menggerakkan sedikit bahunya.

"Pukul berapa ni sayang?" tanya Danial, mata nya masih tertutup. 

"Dah pukul 6 pagi. Bangun, kita solat subuh sama." Danial bangun dan mengambil tuala untuk ke bilik air. Baik aku pergi ambil wudhu' dahulu, kang nanti ramai pulak yang dah bangun. Aku bangun keluar ke bilik air dapur untuk mengambil wudhu'

"SAYANG, baju melayu abang dah siap gosok belum?" tanya Danial yang masih bertuala.

Aku mengangguk dan mengambil baju melayu yang sudah siap digosok Aku memberikannya kepada Danial. Aku memandangnya dengan senyuman sambil memegang tangannya. "Abang maafkan Nie, Amni banyak buat salah dengan abang. Halalkan makan minum Amni. Amni selalu buat abang..." 

"Hei,.. Amni tak de buat salah dengan abang kalau ada pun, abang dah lama maafkan." Danial menarik ku ke dalam pelukan.

"Abang dah pukul berapa ni, tak salin baju lagi ni.." aku menolak perlahan tutbuh Danial.

"Alah, sekejap lagi laa.." rengek Danial.

"Ish, dah-dah pergi salin cepat takut nanti tak sempat nak solat hari raya." Danial menarik muncungnya. Danial berjalan mengambil baju melayunya. 

"Nanti abang balik solat raya, jangan pergi mana-mana abang nak  peluk sayang puas-puas." aku mencubit lengannya. Gatal!

Aku berdoa dalam hati agar kami sentiasa berada dalam rahmat Allah. Dengan kelahiran anak kami ini dalam beberapa bulan sahaja lagi akan lebih membuatkan kami bertambah bahagia. Aku juga berharap kami akan mengharungi segala masalah bersama.


Tamat

P/S : saya harap cerpen kedua saya ini akan membuat anda tersenyum. Maaf jika ada tersilap ejaan. Saya ingin meminta maaf juga kerana mengambil masa yang lama untuk menyiapkan cerpan kali ini, kerana saya ada masalah yang tidak mampu untuk dielakkan. Saya akan lebih berusaha untuk masa yang akan datang. -Nurnabilah Zaini-

Jumaat, 18 April 2014

Oh My, Abang Jambu!

   Hish! asyik jammed jer geram betul lah, ni bila nak sampai rumah kalau macam ni, dah pukul berapa dah ni. Aku mendengus geram. Apa tak geramnya dah la perut aku ni lapar tak lunch langsung pulak tu tadi. Dalam kesesakkan jalan raya itu, aku terkenang kenagan aku semasa aku bersekolah menengah dulu, ada seorang mamat ni aku panggil dia 'abang jambu'. Sebenarnya gelaran 'abang jambu' tu dari kawan baik aku yang juga duduk disebelahku ketika di dalam kelas.
   
 *Mengimbau kembali di zaman persekolahan*
    
   Aku membetul-betulkan tudung yang senget dek cara pemakaian helmet yang aku main sumbat aje. "Eh, kau tengok budak lelaki yang duduk kat sebelah pondok guard tu." Kata Solehah, ha..ini lah kawan baik aku yang aku cakap tadi.

  Aku menoleh kearah budak lelaki yang ditunjuk oleh Solehah tadi. Huish, mau tak ternganga hensem siot, dengan kulit putih dia tu tak termasuk dengan hidung mancung dia tu tak termasuk dengan ketinggian dia. Memang hensem lah!

  "Tu lah budak baru yang hari tu naik dengan Cikgu Rahman, aku pun tak pasti apa status dia dengan Cikgu Rahman. Hani kata dia tu mungkin anak jiran sebelah rumah or anak sedara cikgu." Aku masih lagi tak mengalih pandang dari budak lelaki tu, maunya tak muka dia hensem siut lagi hensem dari Si Won. Eleh, ye jer aku ni. "Weh, hensem per." Solehah dengan 180 darjah kelajuan menoleh kearah aku.
  
   "Budak macam tu kau kata hensem, macam mamat jambu ada la." Pada ketika baru aku mengalih pandang kearah Solehah.

   "Okey ler tu, abang jambu..hehe.." Tersengih aku macam kerang busuk. Solehah dah buat muka menyampah.

   "Suka kau la, ni kau nak balik ke tidak? Aku dah nak tolak motor dah ni, kang aku tinggal kau kat sini melalak pulak."

   "Alah, Sol sabarlah!" Terkebil-kebil aku menolak motorsikal supaya beriringan dengan Solehah.

  SETELAH beberapa hari aku 'menstalker' 'abang jambu' aku tu, dan ada beberapa info yang telah aku, macam banyak jer info yang aku dapat padahal cuma dua aje pun. Abang jambu tu kelas 5 Hanbali dan berunit uniform KRS. Sebenarnya tu je yang aku tau selebihnya..huhu.. tak tau apatah lagi nama dia, huargh! sedihnya duhai hati.

   Aku bernyanyi-nyanyi kecil menuruni anak tangga dari tingkat empat sambil membawa buku yang Cikgu Sarah minta aku bawa. Dekat sekolah aku ni blok yang ada empat tingkat cuma blok E je kat blok ni setiap tingkat ada tandas yang seramnya blok ni dah la sunyi tu yang aku menyampah tu.

  Tengah sedap-sedap aku bernyanyi aku dengar macam ada bunyi tapak kasut dari arah belakang. Ish, tak kan lah tengah-tengah hari yang terang lagi benderang ni 'something' nak keluar pulak. Tanpa menoleh aku terus berlari dengan kudrat yang aku ada untuk menuruni anak tangga dari tingkat empat. Disebabkan kelajuan aku yang tidak dapat untuk dihentikan lagi tu aku terpelecot kat tangga terakhir di tingkat tiga. Habis semua buku berterabur.

  Aku mendengar bunyi tapak kaki menuruni tangga. Alamak! macam mana ni kalau 'something' tu pulak yang keluar. Aku apa lagi muka aku tundukkan kebawah dan menutup telingaku dengan dua buah buku latihan yang aku bawa tadi.

   Aku terdengar seperti ada orang sedang ketawa sekarang, dengar macam suara lelaki. Aku memberanikan diriku untuk memandang kearah suara itu. Hampir sahaja aku terlopong, aku kalau terlopong mau gajah dengan cipan muat masuk dalam mulut aku. Oh, my abang jambu, you're my hero.

   "Awak tak apa-apa?Awak boleh bangun tak?" Amboi abang jambu, soalan pertama tu aku tak jawab lagi dah tanya soalan lain.

   Aku cuba bangun dengan sendiri tapi, aku rasa macam kaki kiri aku dah terseliuh dan menyukarkan untuk aku bangun. Abang jambu ingin membantu tapi aku menghalang. Dia mengutip buku-buku latihan yang aku bawa tadi.

   "Awak nak hantar buku latihan ni ke mana?"

   "Saya nak hantar ke bilik guru, Cikgu Sarah yang minta." Aku menjeling kearah name tag abang jambu. Muhammad Danial. Yes! Aku dah dapat info baru. Kami berjalan dengan perlahan, ye la kaki aku kan terseliuh tak kan pulak aku nak lari kan.

   "Awak nak saya hantar pergi bilik rawatan ke?" Tanya abang jambu sambil memandang kearah kaki kiriku yang terseliuh.

   "Tak apa la.. Saya masih boleh pergi sendri." Ish tak nak aku, ni kalau Sol dengan Naza ni mahu tak nya diaorang bahan aku 40 hari 40 malam.

   "Lupa pulak nak cakap, nama saya Danial, awak?"  Hehe.. abang jambu nak kenal dengan aku la. Eeii.. sukenya.. Aku cuma cakap dalam hati je ni kalau aku cakap betul-betul mau pengsan ini mamat, nak angkat macam mana pulak nanti dah la kaki aku terseliuh. Ish, apa aku fikir ni!

   "Amni, saya tingkatan 2 Syafii, awak tingkatan berapa?" Eleh, buat-buat tak tau pulak sepak karang. Saja je nak borak, kang nanti tak tau nak cakap apa pulak.

   "Saya tingkatan 5 Hanbali, saya budak baru kat sini. Saya jalan-jalan kat sini nak tau keadaan sekolah ni tapi, entah ada budak perempuan tu tiba-tiba je lari lepastu kaki dia terseliuh pulak." Kata abang jambu sambil tersenyum-senyum memandang aku. Eh? macam perli aku je abang jambu ni.

   "SOL!!!" sesampai sahaja aku didepan pintu kelas aku terus menjerit-jerit nama Solehah. Ish nasib tak ada cikgu, kalau tak mesti dah kena sebat punya. Aku berjalan terhincut-hincut.

   Sol memandang aku dengan muka terkejut beruk. Hehehe.. Sorry Sol. "Kau kenapa panggil aku macam aku jauh 100 meter dari kau je, ni asal kaki kau tu?"

   "Sorry, tadi aku jatuh tangga. Sol! Aku dah tahu nama sebenar abang jambu!"
 
   "Tu lah kau main lari-lari je kan dah jatuh. Nama sebenar abang jambu tu, aku dah tau lama dah." Solehah menyambung kembali tugas yang tergendala tadi disebabkan aku. Hehe..

   "Mana kau tau? Kenapa tak cakap kat aku?"

   "Sebab ni la aku tak nak cakap kat kau, nanti terlebih excited tu yang aku malas."

   "Eeii.. Sol ni tapi, tak apa la lagipun aku dah tahu nama sebenar abang jambu." Kataku sambil mataku memandang kearah siling dan membayangkan muka abang jambu. Sol memandang aku sambil mengeleng-geleng. Orang tengah angau memang macam ni la..

   "HAI!" Terkejut aku, tiba-tiba ada yang tegur, waktu petang-petang macam ni. Aku menoleh kearah suara tadi. Aku tersenyum "Waalaikumsalam." Balasku saja nak perli.

   Abang jambu hanya tersengih.Dia mengambil tempat duduk di sebelah aku. Hah! jangan fikir benda negatif, dia duduk jarak sikit bukan duduk rapat-rapat."Kenapa awak tak balik lagi? Selalu kan awak bawa motor" Eh, eh? abang jambu intip aku ke selama ni?

   "Saya tengah tunggu abang saya, hari ni saya tak bawa motor. Kenapa awak datang sekolah?" Pelik pulak tengok abang jambu ni tiba-tiba je rajin datang sekolah waktu petang.

   "Saya nak kemas kelas hari ni. Awak pulak?"

   "Saya ada latihan softball. Awak, saya nak tanya sesuatu boleh?" Aku nampak dia mengangguk. "Awak ni anak Cikgu Rahaman eh?" Kening kiri aku dah naik dah.

   "Yes, kenapa?" Aku hanya menggeleng. Okey! New info.

   Aku ternampak sebuah motorsikal LC merah hitam milik abang aku. Masa dah time, yeay~ balik!." Awak saya balik dulu ye, abang saya dah sampai tu."pamitku sambil tersenyum. Dia hanya mengangguk.

   "SAYA minta nama-nama yang disebutkan ini untuk tinggal di tapak perhimpunan." Ucap Cikgu Atiqah. "Nurain Solehah binti Mohd Saad, Muhammad Nor Aiman bin Ramli, Muhammad Nazuan Hakim bin Ahmad, Muhammad Danial bin Abdul Rahman, Nur Amni binti Md Zaini, dan Nazatul Aini binti Mohd Tohyat. Sila tinggal di tapak perhimpunan selepas perimpunan ini."

   Cikgu Atiqah minta kami semua tinggal di tapak perhimpunan untuk menyiapkan satu tugasan untuk Persatuan Matapelajaran Sejarah, kami dibahagikan kepada tiga buah kumpulan. Solehah bersama Nazuan Hakim, Nazatul bersama Aiman dan aku bersama abang jambu!! Hehe... Terlebih excited pulak.

   TIGA bulan sudah berlalu, dan itu bermakna sudah masuk bulan lapan. Kami menyiapkan tugasan yang Cikgu Atiqah beri dengan lebih teliti, tugasan itu perlu dihantar pada minggu hadapan. Dalam tempoh itu macam-macam dah berlaku dan hubungan kami semakin rapat.

   Aku melihat jam dipergelangan tanganku, sudah menunjukkan jam 3.45 petang. Ish, lambat pulak abang jambu hari ni. aku menunggu abang jambu di sebuah pondok yang berdekatan dengan padang sekolah. Disebabkan abang jambu lambat jadi, aku baringkan kepalaku di atas meja. Entah bila aku terlelap. Kerja aku ni memang tidur je memanjang lagi-lagi kalau waktu selepas rehat memang dah bye-bye la...

   'ALAMAK! Aku dah lambat pulak, mesti Amni dah tunggu tu.' Abang jambu berlari-lari dari pintu pagar ke pondok tepi padang sekolah. Dari jauh abang jambu telah melihat susuk tubuh Amni yang meletokkan kepalanya di atas meja.'Nampak macam dah tidur jer.' Abang jambu tersengih dan berjalan perlahan-lahan kearah Amni yang sudah tertidur.

   Abang jambu tersenyum memandang Amni yang masih tidur dengan lena. Senyap-senyap dia mengambil gambar Amni dengan menggunakan telefon bimbit miliknya. Abang jambu memandang sekeliling dan memetik daun yang berdekatan dengannya. Dia menggerak-gerakkan daun itu ke hidung Amni dan dia tersengih.

   'HISH, malaun mana pulak yang ganggu aku tidur ni?' Aku memegang hidung aku. 'Malaun' yang menggangu aku tu masih lagi mengacau hidung aku. 'Eeii.. kang aku terajang sia-sia je..' Aku membuka mataku sedikit. Abang jambu tersenyum memandang aku. Dengan penuh kemamaian aku mengangkat kepala ku dari terus terbaring.

   "Hurm.., 'awal' sampai. Tak boleh 'awal' lagi?" Aku berkata dengan mata yang masih tertutup. Dia tersengih.

   "Hehehe.. Sorry, tadi ada hal sikit. Hari ni awak tak ada training softball ke?" Eh, something betul lah mamat ni. Kitaorang selalu buat tugasan ni lepas waktu training sofball aku habis tapi, perlawanan softball dah lama habis la.. Abang jambu oii..

   "Lebih baik awak pergi kedai, beli Cool Fever sana." Dia memandang aku pelik.

   "Kenapa? Awak demam ke?"

   "Awak la yang demam."

   "Bila pulak saya demam?"

   "Ye la, perlawanan softball dah lamaaaaaa.. dah habis, awak pergi tanya lagi ada training lagi ke tak. Saya takut-takut awak kena demam kus-kus pulak." Dia tergelak. Eh, gelak pulak.

   "Pandai je nak perli orang, ek. Dah la kalau awak penat sangat biar saya je siapkan tugasan tu, ala tinggal hias-hias je pun kan. Awak sambung tidur sa.." Dengan maksimum aku terus jatuhkan kepalau aku dan sambung tidur. Dia memandang aku dengan gelak kecil. 'Hish, Amni, Amni.. aku tak habis cakap lagi..'

   *Masa kini*

   AKU meletakkan kunci kereta dan rumah diatas meja. Aku berjalan dengan penuh kemalasan ke atas sofa. Niat nak makan tadi tergendala sebab aku dah penat sangat rasa nak tidur je.

   Aku memandang kipas yang sedang berpusing. 'Macam mana la agaknya abang jambu sekarang?' Sehingga kini aku masih lagi tak tahu keadaan abang jambu. Rumah dia? lagi la aku tak tahu. Aku pernah tanya pasal abang jambu dekat Solehah tapi dia balas macam ni. "Kau, kalau aku sembelih sia-sia je hidup tau. Mana la aku tahu keadaan abang jambu. Aku rapat dengan dia pun tak, kan kau yang rapat dengan dia. Eeeii.. Kalau kau dekat depan aku sekarang ni, dah lama dah aku cekik-cekik kau, tau!" Hehe.. aku pun sat, yang pergi tanya Solehah tu kenapa, memang la dia tak tahu.

  Aku masih berhubung dengan kawan baik ku, Solehah dan Nazatul. Kini, Solehah berjaya menjadi seorang polis dan bercita-cita ingin membuka kedai bakery. Hurm.. Sol ni cita-cita dia pelik sikit. Solehah bertugas di Shah Alam, dekat je dengan rumah aku. Nazatul pulak, bekerja satu bumbung dengan aku sebagai seorang pensyarah dan juga, duduk satu rumah dengan aku! Kami Buddyz tak kan terpisah.. Hehe..

   Nazatul ni dia selalu balik lambat, katanya tak suka buat kerja dekat rumah. So, sekarang aku tengah tunggu dia ni, hari ni kerajinan aku utuk memasak hilang. Biar la, dia pulak yang masak.

   Aku teringat kali terakhir aku berjumpa dengan abang jambu. Masa tu, dia mengambil keputusan SPM. Sejak daripada tu aku dengan dia dah lost contact sebab dia berpindah ke tempat lain. Bukan aku tak nak tanya dekat Cikgu Rahman tapi, kalau dia pindah tak kan la bapanya dekat sini pulak mesti la pindah juga.

   Bukan apa, yang buat aku menyirap ni bukan dia nak cakap kat aku. Tahu-tahu je ada Majlis Perpisahan Cikgu Rahman. Eeeii.. Geramnya aku, kalau dia dekat depan mata aku sekarang dah lama aku ketuk kepala dia tu.

   *Hari keputusan SPM*

   TOK..tok..tok.. Seluruh kelas 2 Syafii memandang kearah pintu yang diketuk itu kecuali aku, buat apa nak tengok yang ketuk tu manusia juga. Ustaz Ghazali, menoleh kearah seseorang yang mengetuk pintu itu.

   "Ouh,.. kamu Danial ada apa ya?" Ustaz Ghazali tersenyum. 180 darjah kelajuan aku memandang kearah Danial.

   "Cikgu, saya nak berjumpa dengan Amni sekejap."

   "Boleh, boleh,.." Aku berdiri dan terus melangkah dengan penuh debar. Sempat juga Solehah mencuit aku tadi sambil tersengih. Aku nampak Nazatul hanya tersengih memandang aku. Hish, diaorang ni ada je. Tapi, kenapa dia nak jumpa aku ek?

   "Kenapa awak nak jumpa saya?" Dia hanya tersenyum dan menunjukkan slip SPM nya. Wah! straight As. Aku tersenyum sampai ke telinga. Slip itu aku ambil. Eh, macam aku pulak yang dapat straight As. Dia memandang aku dengan senyuman yang membawa seribu makna.

   "Awak sebenarnya saya..." Aku mengagguk tetapi mata masih lagi memandang slip itu. "Saya..." Aku memandangnya pelik, ni dah kenapa tergagap pulak ni? Tak kan dah dapat straight As terus gagap kot. Abang jambu memandang tepat ke dalam anak mataku.

   "Amni tunggu abang tau! Jangan terima orang lain!" Abang jambu terus merampas semula slip SPM nya dan berlari dari situ. Aku masih terkaku. Abang? Apakah? Aku berjalan masuk ke dalam kelas dengan blur sekali.

   Solehah memandang aku hairan. "Woi,.. Kau kenapa? Abang jambu kau tu cakap apa?" Bisik Sol. Aku memandang Solehah. "Sol... Dia suruh aku tunggu dia, dan jangan terima orang lain..." Kataku dengan muka blur.

   Solehah dah tarik senyum sampai ke telinga. Solehah menulis sesuatu di atas kertas itu dan memanggil nama Nazatul yang duduk di hadapan kami. Nazatul membaca surat tak rasmi dari Solehah itu dan menarik senyum. Dia menunjukkan tanda thumb up!

   "WOI!!!"

   "Oh, mak kau cipan berguling!" Terkejut aku. Aku menjeling tajam kearah Nazatul. "Kau memang tak sayang kawan kan? Nasib aku tak ada sakit jantung kalau tak memang dah gol la jawabnya!" Geram pulak aku. Nazatul hanya tersengih.

   "Sorry ar.. kau la asyik berangan je, penat tau aku bagi salam tak ada siapa yang jawab."  Eh, Naza bagi salam ek?

   "Kau ada bagi salam eh? Tak dengar la.." Aku buat muka comel. Nazatul bergerak kearah dapur. Aku pergi kearah dapur juga.

   "Dah tak payah nak buat muka macam tu macam beruk tau tak." Aku mendekati Nazatul yang sedang membuat air.

   "Naza... Kau cantik la hari ni."

   "Kau tak payah nak puji sangat la, kalau malas nak masak cakap je terus." Wah, pandai..pandai..pandai.. Belum cakap dah tahu.

   "So, kau nak masak la ni?"

   "Ye la, nak harapkan kau masak, memang kebulur la jawabnya" Hehe.. Aku menyengih.

   "Thanks Naza... Saayyaaaang kau." Aku membuat flying kiss sambil berlari-lari anak kearah bilik aku, untuk mandi. Nazatul hanya menggeleng.

   "NAZA, esok aku nak balik kampung la.. Kau nak saing tak?" Tanyaku sambil menonton television.

   "Okey la tu, aku pun memang nak balik kampung juga. Kita naik satu kereta ke, lain-lain?" Soalan bengap mana la minah ni sebat.

   "Cik Nazatul Aini oii.. Kita ni tak sekampung, nak jumpa kampung kau mahunya kena lalu bermacam-macam kampung baru jumpa."

   "Eleh,.. macam la kampung aku ni jauh sangat. Ye lah, bawa kereta sendiri. Eh, nanti kita pergi pantai sama-sama nak? Dah lama kita tak pergi pantai kan?"

   "Ha'ah la.. Aku rindu la nak main pasir, nanti dah sampai kampung kita calling-calling eh bila nak pergi."

   "Bereh.." Nazatul buat thumb up

   "APA?!" Alamak terlebih volume pulak. "Hehe.. Sorry ma.. terlebih volume pulak." Aku tersengih. "Hish, adik ni malu je kalau jiran-jiran dengar." Mama menepuk pahaku.

   "Tapi ma, kenapa mama terima pinangan tu. Kita tak cakap setuju pun kan." Aku buat muka merajuk.

   "Umur adik tu dah makin meningkat, bila adik nak kahwin kalau bukan sekarang? Pinangan yang sebelum-sebelum ni pun adik tolakkan, ni kalau yang ni adik nak tolak juga, siapa la yang nak kahwin dengan adik nanti.." Bukan kita tak nak ma.. Ada seseorang yang kita tengah tunggu... Tapi, aku kat sini tengah tunggu dia, entah-entah dia dah kahwin dah beranak pinak agaknya. Aku rasa kali ni, lebih baik aku terima. Insya-Allah ini adalah jodohku daripada aku menuggu yang tak pasti.

   "Hurm.. Ikut suka mama la.." Mama tersenyum gembira. "Adik nak tahu tak, tunang adik tu hensem, sopan, baik.. bla..bla..bla..." Ha..ni yang aku malas ni nak layan mula la tu nak puji sana, puji sini. Mama kalau dh bercakap, macam dah tak jumpa noktah dah.

   "Mama, abah mana?" Saja nak lari tajuk.

   "Keluar pergi kebun, kejap lagi balik la tu.."
 
   "Ma.. Nanti petang kita keluar sekejap tahu, nak jumpa kawan." Kataku sambil berbalas-balas mesej dengan Nazatul.

   "Hurm.. Ye lah.. balik cepat jangan balik maghrib-maghrib."

   "ASSALAMUALAIKUM.."

   "Waalaikumsalam, Amni sekejap aku pakai kasut dulu." Kelam-kabut si Nazatul ni keluar rumah. "Ibu, adik keluar sekejap, sebelum maghrib adik balik!" Amboi, anak dara Encik Tohyat ni sopannya berkata-kata. Aku menggeleng.

   "Jom?" Dia membuka pintu keretaku. Kami sama-sama masuk ke dalam kereta.

   "Naza, kau dah call Sol belum? Dia balik kampung tak?" Tanya ku, sebenarnya hangout nak pergi pantai ni kitaorang ajak Solehah sekali tapi, tak tahu la dia balik kampung atau tak.

   "Dah, dia ada kat rumah tu tengah tunggu nak diambil je." Mata ku sedang asyik memandang jalan, ye la keselamatan harus di utamakan. Lepas ni terus pergi rumah Solehah. Eeii,.. Rindu betul aku dengan Sol, dah lama tak jumpa.

   AKHIRNYA, sampai juga. Setelah mematikan enjin kereta kami keluar dari kereta dan berjalan menuruni batu-batu. Hari ni air tak pasang jadi boleh turun. Yeay! Boleh main pasir!

   Kami main lari-lari, tulis nama atas pasir, main ombak kiranya memang seronok la hari ni. Ye lah, selama ni asyik kerja je tak ingat dunia. Tengah seronok aku main ombak tiba-tiba aku terlanggar seseorang tapi, bukan orang itu yang jatuh aku juga...

   "Awak okey ke?" Tanya orang yang langgar tadi.

   "Saya okey." Kataku tanpa memandang mukanya. Dia ingin membantu aku tapi, aku menolak. Bukan muhrim.

   "Amni.. Nur Amni..?" Eh, macam mana dia tahu nama aku pulak ni? Aku berhenti dari membersihkan baju dan seluarku dari terkena pasir tadi. Aku mendongak sedikit untuk memandang mukanya. Oh cipan berguling! Selama bertahun-tahun aku tunggu dia, baru sekarang nak muncul? Ini yang buat aku nk mengamuk ni tapi aku tahankan.

   "AWAK sihat?" Tanya Danial, kami duduk di bawah pokok berhadapan dengan laut yang terbentang luas.

   "Sihat, awak?"

   "Macam yang awak tengok ni.." Danial tersenyum.

   "Awak pergi mana selama ni?" Akhirnya terluah juga apa yang aku nak tanya selama ni.

   "Saya ikut ibu bapa saya pindah, dan kini saya pindah semula ke sini untuk masuk meminang awak." Danial tersenyum penuh pengharapan.

   "Awak suruh saya tunggu awak, saya tunggu awak tanpa ada sebarang berita langsung. Awak tahu tak awak dah buat hati saya asyik tertanya-tanya tentang awak yang hilang entah ke mana. Selama ini saya hanya ingat awak sampai saya hampir terlupa tentang masa depan saya sendiri." Aku memandang laut, tak sanggup aku ingin memandang dia. Air mata ku hampir sahaja gugur.

   "Tapi awak masih single.." Belum sempat Danial menghabiskan kata-katanya, aku sudah memotong.

   "Tak! Saya ni tunang orang dan akan bernikah tak lama lagi. Saya dah tak sanggup untuk terus menunggu awak! Saya harap hubungan kita cukup sampai sini. Assalamualaikum." Aku berlari-lari anak kearah Solehah dan Nazatul. Air mata yang aku tahan, akhirnya gugur juga.

   Nazatul dan Solehah tak berhenti bertanya dan akhirnya aku menceritakan segalanya juga tentang pertunagan itu. Mereka tak sangka yang aku sudah bertunang. Hurm.. Kalau diaorang tak percaya, aku lagi tak percaya.

   "AKU terima nikahnya Nur Amni binti Md Zaini dengan mas kahwinnya dua ratus lima puluh ringgit tunai.." Dengan sekali lafaz, aku kini sudah bergelar isteri orang. Tibalah masa untuk membatalkan air sembahyang. Suami aku mula berjalan kearah aku, aku hanya menunduk. Suamiku menyarungkan cincin di tangan manisku, dan kini aku menyalaminya. Ketika aku memandang mukanya, ha.. time ni memang buat aku rasa terkejut macam nak meletup.

   Muhammad Danial bin Abdul Rahman adalah suami aku!

   Sejak dari petang tadi, Danial tidak melepaskan pegangannya dari pinnggang aku. Tapi, sekarang dia telah melepaskan pegangannya dari pinggangku untuk bersolat maghrib dan isyak di surau bersama abah, abang-abang ku dan saudara-mara ku yang tidur di rumah.

   Aku terdengar bunyi enjin kereta dari arah luar. Mesti diaorang dah balik. Beberapa minit kemudian aku terdengar bunyi pintu di buka. Jantung aku ni dah tak dapat nak di kawal. Aku tetap tidak menoleh aku hanya memandang keluar tingkap.

   "Sayang, tengok apa sampai abang dah balik pun sayang tak perasan.." Bukan aku tak perasan saja buat-buat tak perasan. Aku malu sebenarnya nak tengok muka dia. Danial memeluk aku dari belakang.

   "Awak.." Danial menunjukkan jari telunjuknya ke bibirku. "Abang.."

   "A..ba..ng.., macam mana abang tahu alamat rumah Amni?" Aku memusingkan badan ku kearahnya. Dia hanya tersenyum.

   "Abang stalk sayang.." Aku memandangnya pelik.

   "Sebenarnya abang dah mula cinta dekat sayang sejak dari sekolah lagi dan mula stalk sayang. Abang selalu mengekori sayang bila sayang balik dari sekolah sebab takut ada apa-apa jadi dekat sayang. Dari situ la abang tahu." Dia tersengih. Aku memukul lengan kirinya perlahan.

   "Nakal!" Danial tergelak kecil.

   "Abang nak tahu satu perkara tak?" Danial mengagguk. Aku tersengih. "Sebenarnya selama Amni dengan kawan-kawan Amni panggil abang, 'abang jambu'." Terbeliak matanya terkejut. "Kenapa gelar abang macam tu?" Tanyanya ingin tahu.

   "Entah, mungkin sebab muka abang macam mamat jiwang kot.. hehe.. " Aku tergelak. Danial sudah buat muka merajuk.

   "Alolo... Dah merajuk dah Encik Abang kita ni. Sorry eh, abang jangan la marah." Pujuk ku. Danial tersenyum semula.

   "I love you, sayang."

   "I love you too, abang."

Nampaknya penantianku tak sia-sia selama ni.

Tamat

P/S: Sorry la kalau tidak memuaskan ini merupakan cerpen pertama saya. Mana yang tersilap eje ka apa ke.. maafkan lah ye.. dan tegur-tegur la jugak.. Jangan lupa tinggalkan komen.. :3